JOHOR BAHRU: Kurikulum sekolah pada tahun ini tidak akan terjejas berikutan langkah untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata ibu bapa diminta untuk tidak berasa bimbang dengan penyusunan semula jadual sesi persekolahan yang dilaksanakan.
"Apabila kita menjajarkan sesi persekolahan untuk pastikan boleh kembali kepada sesi persekolahan Januari sehingga Disember, kurikulum kita tidak terjejas.
"Ia dilaksanakan seperti biasa cuma mungkin ada perubahan sedikit berkaitan tempoh cuti penggal persekolahan yang kita pendekkan," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini hari ini.
Azman berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sesi persekolahan tahun ini akan padat memandangkan sesi persekolahan akan kembali bermula Januari pada 2026.
Beliau berkata jumlah hari persekolahan akan kembali seperti biasa iaitu 190 hari setahun sekiranya sesi persekolahan kembali kepada asal.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini berkata sesi baharu persekolahan akan kembali diawalkan pada Januari bermula 2026 dan berikutan itu kawalan terhadap kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025 dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Ismail Petra I disambut dengan meriah pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2024/2025 hari ini. - Foto Bernama
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Kurikulum tidak terjejas bila sesi persekolahan kembali bermula Januari 2026
Kurikulum sekolah pada tahun ini tidak terjejas berikutan langkah untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026.
Pengisian pendidikan Rukun Negara lebih menyeluruh - Saifuddin
Beliau berkata kelab Rukun Negara telah wujud di setiap sekolah manakala sekretariat Rukun Negara wujud di peringkat universiti.
Jawatankuasa kaji semula kurikulum negara jumpa PM selepas Aidilfitri
Jawatankuasa bagi mengkaji semula kurikulum pendidikan negara akan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Hari Raya Aidilfitri.