awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan tol di LPT2 berkuat kuasa 15 Julai

Bernama
Bernama
12/07/2016
00:00 MYT
Kutipan tol di LPT2 berkuat kuasa 15 Julai
Ismail berkata kerajaan telah melantik Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd) untuk melaksanakan operasi, penyenggaraan dan kutipan tol di lebuh raya tersebut.
Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Jan 2015, akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam, 15 Julai 2016.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh dalam kenyataan pada Isnin, berkata keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat.
"Kutipan tol di lebuh raya ini perlu dilakukan untuk membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya," katanya.
Ismail berkata kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta).
Sebagai contoh, pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya, akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70, katanya.
Beliau berkata lebuh raya berkenaan akan melaksanakan kutipan tol secara sistem tol tertutup iaitu kadar tol akan dikira berdasarkan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh pengguna.
Terdapat 10 plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 iaitu Plaza Tol Cheneh, Plaza Tol Chukai, Plaza Tol Kijal, Plaza Tol Kerteh dan Plaza Tol Paka.
Lima lagi plaza tol ialah Plaza Tol Kuala Dungun, Plaza Tol Bukit Besi, Plaza Tol Ajil, Plaza Tol Telemong dan Plaza Tol Kuala Terengganu.
Ismail berkata kerajaan telah melantik Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) untuk melaksanakan operasi, penyenggaraan dan kutipan tol di lebuh raya tersebut.
LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Kampung Gemuroh di Terengganu, merupakan lebuh raya empat lorong dua hala, dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, tiga kawasan rehat dan rawat serta dua hentian sebelah.
Topic Berkaitan
#kutipan tol
#Lebuhraya Pantai Timur 2
#LPT2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan