KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang Lama, di sini, bagi memudahkan penduduk meletakkan kenderaan masing-masing dengan teratur.
Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata projek di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat untuk menangani masalah parkir sekali gus menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.
"Kami telah mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk melaksanakannya. Insya-Allah, projek ini nanti akan menjadi nilai tambah kepada kawasan parkir sedia ada.
"Pada masa sama, kami juga sedang merancang untuk membina surau bagi memenuhi keperluan penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke projek-projek pembangunan di sekitar ibu kota, di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata seramai 80 keluarga di Flat Taman Rajawali, Cheras, di sini, bakal memiliki kediaman baharu selepas premis mereka terlibat sebagai kawasan pembangunan semula yang dijadualkan bermula pada Mac depan.
Pada masa sama, katanya, terdapat kawasan lapang seluas 0.4 hektar milik DBKL berdekatan premis tersebut yang berpotensi dijadikan sebagai tempat rekreasi apabila proses pembangunan semula di kawasan tersebut siap sepenuhnya.
"Ia berdasarkan konsep penggantian unit perumahan baharu kepada pemilik asal flat berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.
"Projek pembangunan semula rumah flat ini akan memberikan imej baharu kepada kawasan sekitar sekali gus memberi peluang kepada penduduk untuk menikmati kediaman yang lebih selesa dan terancang lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur," katanya.
Terdahulu, Shahidan mengadakan lawatan kerja bagi meninjau beberapa projek pembangunan di tiga lokasi berasingan di ibu kota iaitu PPR Seri Anggerik, PPR Sri Pahang dan Flat Taman Rajawali di samping meluangkan masa hampir 30 minit beramah mesra dengan penduduk setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Shahidan membuat lawatan ke lokasi cadangan pembangunan semula Flat Rajawali di Jalan Desa Aman 8, Cheras. - Foto BERNAMA
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[TERKINI] PM Slovakia digegaskan ke hospital selepas ditembak
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico digegaskan ke hospital selepas ditembak seorang lelaki pada Rabu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh media kerajaan TASR memaklumkan bahawa pemimpin itu mengalami kecederaan selepas ditembak di House of Culture, tempat beliau bermesyuarat.
Lapan maut, bas bertembung pikap di utara Florida
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala lapan yang lain parah selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah trak pikap di utara Florida pada Selasa.
Pemimpin dunia kutuk serangan terhadap PM Slovakia
Pemimpin-pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya insiden tembakan terhadap Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico yang mana tindakan itu dianggap sebagai serangan ganas yang tidak mempunyai tempat dalam masyarakat dan serta mempersendakan kuasa demokrasi dunia. Kecaman dan doa dititipkan oleh pemimpin dari pelbagai negara dalam laman media sosial 'X' selepas menerima berita insiden mengejutkan itu.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara hari ini.
Alhamdulillah, Allah selamatkan saya - Pemilik kenderaan
Alhamdullillah Allah selamatkan saya.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.