KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dalam proses evolusi, berganjak daripada tumpuan tradisional berkaitan simpanan persaraan kepada mengimbangi antara keperluan jaminan simpanan mencukupi dan menyokong kelangsungan ekonomi ahlinya, kata pakar.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini jelas merujuk kepada langkah dana persaraan itu memperkenalkan Akaun 3 semalam yang dinamakan sebagai Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei, 2024.
"Kita sendiri telah melihat wujudnya pelbagai isu seperti kos sara hidup, pertumbuhan upah/gaji yang perlahan serta perkembangan penggajian ekonomi gig yang memberi impak besar ke atas kehidupan rakyat Malaysia serta ahli KWSP sendiri.
"Oleh itu, boleh dikatakan bahawa KWSP melakukan langkah sukar dalam usaha memenuhi keperluan memastikan simpanan mencukupi bagi persaraan dan pada masa sama menjamin kelangsungan ekonomi ahli terbabit," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga menegaskan bahawa KWSP juga bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
"Kita mempunyai dasar mengenai pendidikan, penjagaan kesihatan, keusahawanan dan bantuan kewangan dalam bentuk subsidi, bantuan tunai, biasiswa, geran dan pembiayaan mikro misalnya yang menyediakan platform untuk rakyat menikmati kehidupan lebih baik.
"Dasar-dasar ini pula di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan. Sehubungan itu, kita perlu melaksanakan perspektif lebih meluas dalam aspek pembangunan ekonomi," katanya.
Beliau berkata ahli KWSP juga berkemungkinan tidak mendapat manfaat daripada impak tambahan pelaburan utama dalam simpanan jika mereka memilih menyertai Akaun Fleksibel dan mengeluarkan caruman berkaitan.
"Oleh itu, ahli perlu bertindak melakukan usaha wajar di peringkat masing-masing sebelum memutuskan untuk membuat pengeluaran caruman.
"Mereka sebaliknya perlu memanfaatkan peluang ini untuk mengambil tindakan membetulkan keadaan apabila berdepaan isu seperti hutang yang tinggi. Saya percaya Akaun Fleksibel ini boleh membantu dari segi memulihkan kedudukan kewangan masing-masing.
"Walaupun langkah ini akan membolehkan ahli mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi, ia sebaliknya memerlukan ahli untuk lebih berdisiplin dari segi memanfaatkan Akaun Fleksibel," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) Prof Tan Peck Leong berkata Malaysia sedang beralih kepada negara yang menua dan jangka hayat semakin meningkat susulan kemajuan yang dicapai dalam penjagaan kesihatan.
"Penting untuk menyedari bahawa sebarang tindakan hari ini akan memberi kesan mendalam kepada jaminan kewangan pada masa depan dan pesara akan memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk menampung keperluan diri mereka.
"Pengeluaran caruman itu hanya perlu dipertimbangkan untuk pelaburan jangka masa panjang yang penting seperti pendidikan, perumahan atau kecemasan perubatan. Perbelanjaan tidak penting seperti barangan mewah atau percutian tidak sepatutnya dibiayai melalui pengeluaran KWSP," katanya.
Tan berkata pada dasarnya KWSP juga harus dianggap sebagai mekanisme simpanan jangka masa panjang yang wajib.
"Memandangkan peningkatan kos sara hidup dan inflasi, mengekalkan dana persaraan yang kukuh adalah penting untuk kestabilan kewangan masa hadapan.
"Oleh itu, perancangan kewangan yang berhemat menetapkan bahawa pengeluaran KWSP sepatutnya disimpan untuk keperluan sebenar, memastikan masa depan kewangan yang terjamin untuk semua rakyat Malaysia," katanya.
Pada sesi taklimat bersama pengarang media, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata: "Kami menggalakkan ahli untuk tidak berbuat demikian (pilihan bagi Akaun Fleksibel) kerana adalah penting untuk menabung demi usia persaraan.
"Namun kami juga faham bahawa fleksibiliti itu adalah sesuatu yang diinginkan, dan dari semasa ke semasa seseorang perlu mengakses simpanan yang ada untuk membayar perbelanjaan yang tidak dijangka."
Beliau turut mengingatkan bahawa sekiranya semua ahli KWSP memilih kemudahan Akaun Fleksibel, jumlah dana yang akan dipindahkan ke dalam Akaun Fleksibel mencecah RM57 bilion dengan jumlah pengeluaran tahun pertama dianggarkan RM25 bilion.
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan, semalam diumumkan sebagai Akaun Fleksibel dan 16.07 juta ahlinya bebas untuk memutuskan sama ada mahu memindahkan dana ke akaun baharu itu.
Akaun Fleksibel itu menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka masa pendek ahli dana persaraan itu dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
Mulai 11 Mei, 2024, akaun semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun akan distrukturkan semula kepada tiga akaun, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Mulai 11 Mei, 2024, akaun semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun akan distrukturkan semula kepada tiga akaun, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. - Gambar fail/Astro AWANI
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
Ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.