awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP umum penutupan sementara kaunter perkhidmatan di Pahang

Bernama
Bernama
03/02/2021
13:26 MYT
KWSP umum penutupan sementara kaunter perkhidmatan di Pahang
Ahli-ahli yang memerlukan penjelasan lebih lanjut boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara kaunter perkhidmatannya di Pahang dari 4 hingga 14 Feb, 2021, susulan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengenai penangguhan semua urus niaga berkaitan kaunter pada 2 Feb, 2021.
KWSP berkata kaunter yang terlibat adalah di Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Jerantut.
"Dalam tempoh tersebut, ahli KWSP boleh berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan terpilih atau menjadualkan semula lawatan mereka ke tarikh yang lain melalui kemudahan Janji Temu Online, jika ada keperluan untuk hadir ke pejabat KWSP secara langsung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut KWSP ia mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerjanya dan orang ramai, sambil menambah bahawa semua cawangannya akan terus melaksanakan prosedur penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard lain dalam mengurangkan penyebaran pandemik COVID-19.
Ahli-ahli yang memerlukan penjelasan lebih lanjut boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Pengurusan Bencana Negeri
#Kuantan
#Pekan
#temerloh
#Raub
#Jerantut
#i-Akaun
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan