Pengguna di Labuan dijangka mula menikmati harga barangan perlu "lebih murah" pada bulan depan berikutan pelaksanaan diskaun 50 peratus kadar tambang feri.
Anggota Parlimen Datuk Yussof Mahal berkata pelaksanaan kadar diskaun itu sejak 1 Jan, terpakai kepada pengguna perkhidmatan feri dan kenderaan perdagangan kecuali pemilik kereta persendirian, akan banyak membantu mengurangkan harga barangan yang dibawa masuk ke pulau ini.
"Oleh kerana diskaun telah diberikan, kami percaya ia juga akan membawa kepada pengurangan harga barangan berikutan caj pengangkutan turut berkurangan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Yussof berkata kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk subsidi bagi mengurangkan beban pengguna di negara ini termasuk di Labuan yang harga barangan amat mahal berikutan caj berganda bagi pengangkutan.
Labuan yang bergantung sepenuhnya pada barangan yang dibawa dari tanah besar
Sabah sentiasa berdepan masalah kekurangan barangan perlu terutama pada musim perayaan.
Pulau ini sedang berusaha menarik pelabur bagi sektor pengeluaran makanan di pulau bagi mengurangkan pergantungan kepada barangan import.
Diskaun tambang feri itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Belanjawan 2013 bertema "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" di Dewan Rakyat tahun lepas.
Yussof yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata dalam tempoh sebulan ini, masih terdapat barangan makanan dijual pada kadar lima hingga 30 peratus lebih tinggi daripada di tanah besar Sabah disebabkan stok penimbal.
"Bagaimanapun dalam bulan akan datang, kami menjangkakan pengurangan harga barangan dan jika boleh, kami mahukan harga diselaraskan sama seperti di Kota Kinabalu berikutan kadar diskaun itu amat besar," katanya.
Beliau juga mengingatkan pengguna yang telah membayar kadar tambang feri pada harga lama dari 1-4 Jan supaya menghubungi LDA Holdings Sdn Bhd dan syarikat feri iaitu Juta Bonus Sdn Bhd dan Labuan Ferry Corporation Sdn Bhd bagi mendapatkan bayaran balik.
Beliau juga menggesa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan supaya memantau harga barangan berikutan pelaksanaan kadar diskaun itu.
Katanya KPDNKK Labuan juga perlu mengadakan perjumpaan dengan peruncit dan peniaga mengenai kemungkinan mengurangkan harga barangan.
Diskaun 50 peratus kadar tambang feri bagi pengguna dari Labuan ke Sabah dan Sarawak dilaksanakan pada 1 Jan oleh LDA Holdings Sdn Bhd - anak syarikat Perbadanan Labuan yang bertanggungjawab bagi kutipan tiket feri dan bot laju.
Kadar diskaun yang diberikan kepada pengguna yang berulang-alik setiap hari dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, juga termasuk tambang feri bagi kenderaan perdagangan yang mengangkut barangan perlu ke Labuan.
Yussof berkata beliau akan mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri mengenai maklum balas berhubung pelaksanaan diskaun itu.
Bernama
Mon Jan 07 2013
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Labuan dijangka nikmati harga barangan lebih murah
Pengguna di Labuan dijangka mula menikmati harga barangan perlu "lebih murah" pada bulan depan