PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 amat istimewa bagi Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Lacey Elizabeth Stanley apabila diberi tanggungjawab mengetuai pasukan Unit Pengesan (K9) dalam perarakan yang diadakan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Lacey Elizabeth, 42, yang berasal dari Kuching, Sarawak merupakan wanita tunggal sebagai pengendali anjing K9 yang terlibat dalam perarakan tersebut yang turut disertai sembilan pengendali anjing K9 lain.
"Saya berbesar hati terima tanggungjawab ini, lebih-lebih lagi saya satu-satunya anggota wanita yang terpilih dalam pasukan K9 ini," katanya yang telah berkhidmat selama 20 tahun di JBPM kepada Bernama.
Sebanyak 10 ekor anjing K9 JBPM terlibat dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.
Unit K9 adalah sebahagian daripada Kontinjen JBPM yang terdiri daripada 249 anggota lain-lain pangkat serta 46 aset yang terlibat sempena Hari Kebangsaan 2023.
Lacey Elizabeth yang merupakan pengendali hero operasi mencari dan menyelamat, Grouse, berkata acara perarakan itu disertai Woody; Tipo; Lady; Sam; Razor; Buddy dan Eros, manakala Frankie dan Pop berada di atas jentera JBPM bersama unit STORM.
Berkongsi mengenai cabaran yang dilalui ketika sesi latihan, Lacey Elizabeth berkata semua pengendali anjing K9 terpaksa akur sekiranya haiwan terbabit keletihan akibat cuaca panas.
"Anjing tidak boleh lama terdedah dengan cuaca yang panas kerana mereka boleh kena strok haba," katanya yang pernah mengikuti kursus pengendalian anjing K9 di United Kingdom pada 2006.
Berpuas hati dengan tahap disiplin anjing K9 sepanjang sesi latihan serta raptai penuh pada Selasa lepas, beliau menyifatkan hero berkaki empat itu sebagai wira yang terbaik dan mudah dikendalikan.
"Saya bagi mereka 10 bintang," katanya setiap kali berakhir sebarang acara, anjing K9 terbabit akan dilepaskan di kawasan padang di Jalan Klang Lama untuk dibiarkan berlari sepuasnya.
Secara keseluruhannya, lebih 19,000 peserta terlibat dalam acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2023 hari ini.
Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya. Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

Lacey Elizabeth bersama anjing Unit K9 Grouse yang merupakan baka English Springer Spaniel. - Foto BERNAMA
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

JBPM kenakan tindakan terhadap 13 anggota, pegawai bankrap
Beberapa faktor yang menjerumuskan anggota dalam isu ini antaranya menjadi penjamin kepada pihak lain yang membuat pinjaman bank.

Ribut Sekinchan: Bomba ambil langkah berwaspada
JBPM memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutamanya di Sekinchan.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Pemancing maut, rakan cedera dalam insiden bot karam di Sungai Baram
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila bot angin yang mereka naiki karam ketika dalam perjalanan untuk memancing di Sungai Batang Baram di sini hari ini.

RUU Perkhidmatan Bomba beri akses PBS terima sumber, kepakaran JBPM - Kor Ming
RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini akan membolehkan Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) menerima akses kepada sumber dan kepakaran JBPM.

Tujuh sekeluarga nyaris maut, kereta langgar tiang elektrik
Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.