BUKIT MERTAJAM: Sebuah ladang ternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, di sini diarah tutup serta-merta selepas disyaki melepaskan sisa ternakan hingga menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang Fahmi Zainol berkata arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
"Hasil semakan, ladang ini didapati gagal dalam proses mendapatkan lesen justeru JPV telah mengeluarkan arahan supaya pemiliknya mengosongkan ladang selain diminta memberikan jadual pergerakan babi dari ladang terbabit ke rumah sembelih," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Fahmi berkata bilangan ternakan di ladang itu banyak dan pemindahan perlu dilakukan secara berperingkat.
Katanya, tindakan lanjut juga akan diambil pihak JPV mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap pemilik ladang terbabit selain mengeluarkan satu notis kompaun.
Media hari ini melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah mengesan kegiatan melepaskan sisa ternakan babi yang disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, dalam Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang hingga menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pemeriksaan oleh pihaknya mendapati terdapat beberapa kolam yang melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim, yang jarak antara kawasan penternakan ke pertemuan Sungai Air Merah-Sungai Kulim adalah kira-kira tiga kilometer.
Untuk rekod, terdapat Loji Rawatan Air (LRA) Toh Allang di Sungai Kulim yang membekalkan air bagi Pulau Pinang dan loji ini terletak kira-kira tujuh kilometer dari pertemuan Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.
Sementara itu, Pengarah JAS Pulau Pinang, Norazizi Adinan memaklumkan pihaknya telah mengambil sampel dari lima lokasi untuk diuji dan sekiranya aduan itu berasas tindakan susulan termasuk perundangan akan diambil terhadap pemilik ladang tersebut.
"Pegawai JAS telah turun ke kawasan dinyatakan sejak semalam dan siasatan masih diteruskan hingga ke hari ini.
"Bagaimanapun dalam kes ini, peranan JAS adalah terhad kerana kami tiada kuasa khusus terhadap ladang ternakan jadi kami akan bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mengambil tindakan perundangan mengikut kuasa masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Arahan penutupan operasi dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi. - Facebook Penang Kini
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.
Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar - Aminuddin
LRA Linggi yang membekalkan sumber air kepada 47,000 akaun pengguna masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus.
Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan
Satu lokasi pembuangan diesel di Kawasan Perindustrian Seremban 2 disyaki sebagai punca berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson.
NRECC, Ocean Cleanup bekerjasama kurangkan pencemaran plastik di sungai Malaysia
Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam penyingkiran serta pengurusan sisa plastik sungai di Malaysia.
Johor kenal pasti 874 'hotspot' banjir - Onn Hafiz
Kerajaan Johor telah mengenal pasti 874 'hotspot' banjir di seluruh negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Kilang proses makanan punca sungai berbuih, berbau
Sebuah premis pemprosesan makanan disyaki melepaskan efluen berbuih sehingga menyebabkan air berwarna putih berbuih dan berbau di sekitar Sungai Kecil, Kampung Rinching Semenyih pada Selasa.
Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS
Langkah itu perlu bagi memastikan isu pencemaran sungai negara ini mampu dikendalikan dengan berkesan sekali gus dihentikan.
Ribuan ikan mati akibat pembuangan sisa kilang
Ribuan ikan ditemui mati dan terapung di Kolam Tadahan Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini dipercayai akibat pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa kilang.