awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi empat sekolah di Kelantan ditunda sesi persekolahan

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2015
14:54 MYT
Lagi empat sekolah di Kelantan ditunda sesi persekolahan
SK Pasir Tumboh masih tidak dapat dibersihkan secara sempurna kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik. - Facebook Raja Shamri
Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Tumboh, SK Bihai, SK Tohoi dan SK Pasir Linggi adalah tambahan empat lagi sekolah yang ditunda sesi persekolahan 2015, esok.
Bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Kelantan, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada Ahad, 18 Januari 2015.
Kenyataan ini disahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media telah mengumumkan hanya empat sekolah di Kelantan iaitu SMK Dabong, SK Dabong, SK Kemubu dan SK Lela Jasa yang ditangguhkan sesi persekolahan tahun ini.
Perkara tersebut mendapat kritikan orang ramai di media sosial apabila beberapa sekolah di negeri Kelantan masih lagi dalam keadaan berlumpur dan kotor akibat banjir, namun tidak termasuk dalam senarai penangguhan seperti yang diumumkan pihak kementerian.
Sekolah tersebut termasuklah SK Pasir Tumboh yang dikatakan masih tidak dapat dibersihkan secara sempurna kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kementerian Pelajaran
#sesi persekolahan
#SK Pasir Tumboh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan