awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi laporan ke atas penceramah bebas, cabul penuntut kolej

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/11/2020
11:06 MYT
Lagi laporan ke atas penceramah bebas, cabul penuntut kolej
Nik Ezanee berkata, dalam kejadian itu, mangsa dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA:Polis menerima satu lagi laporan terhadap seorang penceramah bebas yang kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam, tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata laporan terbaharu melibatkan seorang penuntut sebuah kolej tempatan yang mendakwa bekas peserta program realiti keagamaan itu mencabulnya.
Beliau berkata, mangsa mendakwa suspek berusia 25 tahun mempelawa dia masuk ke rumahnya di Damansara pada 17 Oktober lalu, kononnya bagi mengajar mengenai pemasaran perniagaan.
"Semasa mangsa berada di rumah suspek, kira-kira pukul 1 pagi, mangsa dicabul oleh suspek dan dipaksa melakukan seks oral.
"Ekoran itu, mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami trauma dan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Nik Ezanee berkata, ketika ini, suspek masih berada bawah tahanan polis di Shah Alam bagi membantu siasatan satu kes rogol.
BACA: Penceramah bebas direman disyaki rogol kenalan wanita
BACA: Polis terima enam laporan kesalahan seksual pendakwah selebriti
Topic Berkaitan
#penceramah bebas
#peserta program realiti keagamaan
#cabul
#rogol
#Damansara
#shah alam
#ditahan polis
#laporan polis
#Petaling Jaya
#Nik Ezanee Mohd Faisal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan