KUALA LUMPUR:Polis menerima enam laporan kes kesalahan seksual berkaitan seorang bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, setakat ini lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.
"Siasatan dijalankan dibawah kesalahan kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan)," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Fadzil menyeru kepada mangsa-mangsa lain agar tampil membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa.
"Jangan berasa bimbang untuk tambil membuat laporan polis," jelasnya.
Tambah Fadzil, permohonan reman untuk kes pertama suspek telah tamat namun permohonan reman untuk kes lain akan dilakukan.
BACA: Penceramah bebas direman disyaki rogol kenalan wanita
BACA: Lagi laporan ke atas penceramah bebas, cabul penuntut kolej
Terdahulu media melaporkan suspek telah ditahan sekali lagi oleh polis susulan dakwaan mencabul seorang gadis di Shah Alam.
Suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.
Afiezy Azaman
Mon Nov 30 2020

Menurut polis, setakat ini lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya. - Gambar fail

Polis Johor keluar 1,448 saman trafik, langgar lampu isyarat kesalahan tertinggi
Kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah rekodkan jumlah saman tertinggi, iaitu sebanyak 547 saman, diikuti 475 saman kerana memandu melebihi had laju.
AWANI 7:45 [15/5/2025] – Permohonan reman ditolak| Tragedi babitkan kenderaan berat meningkat| Rundingan menjelang PRN Sabah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
- Kehilangan Pamela Ling, suami bergelar Datuk Seri ditahan
- Nahas FRU, Sultan Selangor titah kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tegas
- Pengenalan platform baharu tangani isu jemaah haji sesat
- Pempengaruh maut ditembak ketika siaran langsung TikTok
- Kehilangan Pamela Ling, suami bergelar Datuk Seri ditahan
- Nahas FRU, Sultan Selangor titah kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tegas
- Pengenalan platform baharu tangani isu jemaah haji sesat
- Pempengaruh maut ditembak ketika siaran langsung TikTok

Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikumpul setiap hari di KL, pelan ke arah Sifar Sisa 2040
Jumlah itu melibatkan kos pengurusan mencecah RM220 juta setahun yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malaysia nyata komitmen tiada manipulasi pekerja Bangladesh - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.

ASEAN kukuh berlandaskan keneutralan dan penglibatan - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pendekatan berkenaan telah membolehkan rantau ini kekal aman dan berdaya tahan ekonomi meskipun wujud ketegangan global yang meningkat.

Pelatih PLKN 3.0 sesi 2/2025 perlu lapor diri sebelum 12 tengah hari esok - JLKN
Individu yang terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Sesi 2/2025 perlu melapor diri selewat-lewatnya 12 tengah hari esok seperti ditetapkan dalam surat panggilan rasmi.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Cadangan kekalkan bayaran bulanan pesara Lantikan Tetap Bercarum bantu elak jadi mangsa penipuan
Cadangan mengekalkan pembayaran bulanan bagi Lantikan Tetap Bercarum di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), dapat mengelak pesara menjadi mangsa penipuan.
AWANI Ringkas: ASEAN berpegang kepada pendirian sama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jabatan Penjara rancang pasar produk fabrik ke luar negara
Produk-produk warisan yang dihasilkan banduan sangat berkualiti, dan mendapat permintaan di luar negara menerusi pameran dan ekspo.

Polis terima enam laporan kesalahan seksual pendakwah selebriti
Polis menerima enam laporan kes kesalahan seksual berkaitan seorang bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan.

Pencemaran Sungai Gong: Dua pengarah syarikat didakwa Selasa
Beliau berkata enam pekerja syarikat terdiri daripada dua warga tempatan dan empat warga asing berumur 25 hingga 66 tahun, akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

PDRM nafi maklumat tular kononnya pegawai polis dibunuh
Pegawai polis wanita berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Klang pagi semalam.

Patah kaki ketika buat aksi 'stuntman' sewaktu operasi polis
Cubaan meloloskan diri seperti seorang 'stuntman' ketika diserbu polis membawa padah apabila suspek terbabit terjatuh dari tingkat 3 Pangsapuri Desa Aman Puri, di Kepong, awal pagi tadi.

Kes bunuh Siti Kharina: Suspek ketiga ditahan polis
Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada lebih kurang jam 3 petang.

Polis buka kertas siasatan kematian kakitangan MAHB
Siasatan kes dibuat sejurus mangsa dilaporkan meninggal dunia mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.