SHAH ALAM: Mesej dan matlamat jelas Pasukan Rasuah Busters mendorong Douglas Lim menerima pelawaan menjayakan klip video Apa Dah Jadi tanpa berfikir panjang.
Pelakon komedi yang terkenal dengan lawak spontan itu berkata, tawaran menyanyikan semula lagu Tan Sri S.M Salim dalam versi memberi nasihat serta teguran kepada masyarakat umum mengenai bahaya rasuah merupakan satu penghormatan buat dirinya.
Beliau yang mula dikenali menerusi sitkom Kopitiam suatu masa dahulu berkata, mesej dan matlamat yang ingin disampaikan oleh Pasukan Rasuah Busters menerusi klip video tersebut adalah sangat jelas untuk menasihati seluruh lapisan masyarakat, sekali gus mendorongnya menerima tawaran tanpa berfikir panjang.
“Pasukan Rasuah Busters bukan calang-calang organisasi yang bertekad memerangi amalan rasuah di negara ini tanpa memilih ‘bulu’.
“Jadi tanpa berfikir panjang, saya terima tawaran ini kerana saya juga mempunyai niat sama untuk membantu membersihkan masyarakat daripada perlakuan jijik ini,” katanya kepada Sinar Harian. Mengulas lanjut, Douglas berkata, bukan mudah untuk dirinya membawa lagu catchy nyanyian S.M Salim itu kerana dirinya bukanlah seorang penyanyi yang berbakat.
Katanya, meskipun pernah merakam album suatu masa dahulu sekitar tahun 1999, namun bakatnya dalam bidang nyanyian masih tidak mampu untuk beliau membawa lagu etnik Melayu itu dengan baik.
“Jika diperhatikan betul-betul, saya banyak ‘terkucil’ ketika membawa lagu Apa Dah Jadi ini kerana ia agak susah. Tetapi pada bahagian korus okeylah boleh buat dengan baik,” katanya.
Beliau yang juga berkebolehan menjadi pengacara majlis berkata, keupayaan bertutur dengan baik pelbagai dialek kaum utama di negara ini digunakan sepenuhnya untuk menghiburkan penonton klip video kempen antirasuah tersebut.
Selain dinyanyikan secara santai dan bersahaja, Douglas turut menyelitkan elemen senda gurau dan berseloroh bagi menceriakan lagi lagu tema tersebut.
Jelas beliau, hasil percubaannya itu berjaya mendapat tempat di hati netizen dan pelayar video Apa Dah Jadi Pasukan Rasuah Busters tersebut.
Douglas memberitahu banyak menerima komen positif yang memuji hasil kerja seninya itu.
Justeru beliau berharap penghasilan video klip antirasuah itu dapat memberi pengajaran berguna dan mendidik masyarakat supaya menolak perbuatan rasuah.
Jelasnya, rasuah bukan sahaja merosakkan jati diri masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat jujur dan berintegriti, malah perbuatan jijik itu memusnahkan negara.
Setakat semalam klip video Apa Dah Jadi mendapat 673,000 tontonan di Facebook Douglas, sementara di Instagram beliau pula sebanyak 105,527 tontotan dan di saluran YouTube mencatatkan 154,951 tontonan.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Aug 30 2021
Douglas berkata, beliau banyak menerima komen positif yang memuji hasil kerja seninya itu. - Foto Sinar Harian
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Lagu Apa Dah Jadi seru perangi rasuah
Tawaran menyanyikan semula lagu S.M Salim dalam versi memberi nasihat mengenai bahaya rasuah merupakan satu penghormatan buat dirinya.
MLM 2018: Kemenangan Shiro tidak perlu dipertikai - Douglas Lim
Ketua Juri, Douglas Lim berkata, kemenangan Shiro tidak perlu dipertikai apabila melihat jumlah markah mereka jauh mendahului peserta lain.
Hilmy Ashley, 2B peserta terawal tinggalkan pentas MLM 2018
Hilmy dan 2B gagal menyerlah apabila menerima markah dan undian paling rendah daripada juri dan penonton.
Masin jadi pilihan juri, peserta sepatutnya tahu teknik berlawak
Saingan minggu pertama program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) menyaksikan tiga peserta iaitu Dany, kumpulan 2B dan Kiut berada di kedudukan terendah.
Maharaja Lawak Mega 2018 buka gelanggang
Tiada penyingkiran untuk minggu pertama MLM 2018 yang menampilkan 14 peserta semuanya.
Sold out! Ini peluang terakhir menonton Ola Bola The Musical
Susulan jualan tiket yang memberansangkan sepanjang musim dan permintaan dari peminat, teater Ola Bola The Musical ditambah lagi masa persembahan.
OlaBola The Musical: 5 sebab anda tidak mahu keluar panggung!
Pementasan teater 'OlaBola The Musical' yang merupakan pembuka tirai barisan persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur akan mula menaiki 'takhta' Panggung Budaya malam ini.
Tiara Jacquelina terkejut 'Ola Bola The Musical' terima 'standing ovation'
Pengasas Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina terkejut apabila pementasan perdana Ola Bola The Musical menerima 'standing ovation' daripada penonton di Panggung Sari, Istana Budaya semalam.
Lawak Douglas Lim samakan GST dengan 'bersunat' gegarkan Istana Budaya
Pelawak Douglas Lim mengibaratkan GST sama dengan bersunat yang sakitnya hanya sekejap sahaja.