awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu parodi 'Abuya' akan diturunkan jika ada laporan polis - Fahmi

Khalis Khadir
Khalis Khadir
25/09/2024
07:30 MYT
Lagu parodi 'Abuya' akan diturunkan jika ada laporan polis - Fahmi
Fahmi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai isu berkenaan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menurunkan lagu parodi berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sekiranya menerima arahan daripada pihak polis.

Ringkasan AI
  • MCMC akan menurunkan lagu parodi berkait GISB Holdings hanya jika menerima arahan daripada pihak polis.
  • Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengakui lagu parodi Abuya menjadi popular dengan pelbagai versi, menunjukkan kreativiti rakyat Malaysia.
  • Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyatakan MCMC sentiasa memantau kandungan lagu parodi terkait GISB dan bersedia bertindak jika terdapat aduan.

Mengakui lagu parodi Abuya menjadi ‘earworm’, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai isu berkenaan.
“Saya tahu sekurang-kurangnya ada tujuh atau lapan versi yang sampai ke telinga saya. Ada versi koir, rock dan sebagainya, ini membuktikan rakyat Malaysia sangat kreatif.
“Buat masa ini pihak MCMC tidak maklumkan apa-apa tindakan telah diambil mengenai kandungan yang secara tidak langsung berkait GISB.
“MCMC hanya turunkan kandungan jika terima arahan daripada pihak polis. Memang lagu ini jadi earworm tapi kita tidak terima laporan; kalau ada laporan kita akan teliti,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, pada Rabu.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching pada Sabtu berkata, MCMC sentiasa memantau kandungan membabitkan lagu parodi terkait GISB dan bersedia menurunkannya jika terdapat aduan daripada mana-mana pihak.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Global Ikhwan Services and Business
#GISB Holdings
#earworm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan