awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lajim Ukin dilantik Ketua PKR Sabah

Bernama
Bernama
24/08/2013
23:10 MYT
Lajim Ukin dilantik Ketua PKR Sabah
Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin dilantik Ketua PKR Sabah menggantikan Ahmad Thamrin Mohd Jaini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor, termasuk pandangan pemimpin PKR peringkat negeri.
"Pelbagai langkah akan diambil untuk memperkukuh parti di Sabah, termasuk mewujudkan Majlis Penasihat yang dianggotai Pemimpin Kanan PKR negeri seperti Thamrin," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat PKR peringkat negeri pada Sabtu.
Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Lajim menewaskan calon Barisan Nasional Isnin Aliasnih dengan majoriti 179 undi bagi kerusi DUN Klias.
Anwar berharap kerajaan akan menimbang kemungkinan menjemput pemimpin pembangkang bagi membincangkan isu yang berkaitan demi kepentingan rakyat dan negara, termasuk peningkatan kadar jenayah serta isu ekonomi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lajim Ukin
#PKR
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan