awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan dekat KOMTAR ditutup susulan lubang benam di Jalan Burma

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2025
06:45 MYT
Laluan dekat KOMTAR ditutup susulan lubang benam di Jalan Burma
Trafik dilencongkan susulan kejadian lubang benam yang dikesan sekitar jam 9 pagi berhampiran KOMTAR. -Gambar Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Laluan utama di Jalan Burma, berhampiran simpang masuk ke Jalan Transfer, ditutup sementara mulai tengah hari ini berikutan kejadian mendapan tanah yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Ringkasan AI
  • Laluan utama di Jalan Burma ditutup sementara susulan kejadian lubang benam akibat kerosakan paip pembetungan bawah tanah, membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
  • Trafik dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong dan laluan bas Rapid Penang turut terjejas, dengan beberapa hentian tidak dapat dilalui.
  • MBPP nasihat orang awam rancang perjalanan awal dan kerja pembaikan dijangka ambil masa beberapa hari bergantung kepada keadaan struktur tanah.

Kejadian melibatkan satu lubang benam berukuran kira-kira 1.5 meter lebar dan 2.5 meter panjang yang dikesan sekitar jam 9 pagi berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), dipercayai berpunca daripada kerosakan paip pembetungan bawah tanah.
Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), penutupan melibatkan kedua-dua arah dari Jalan Penang — termasuk laluan dari KOMTAR dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Diraja Malaysia (IPK PDRM) — ke Jalan Burma.
Anggota Warden Trafik MBPP bersama pasukan Trafik PDRM telah digerakkan ke lokasi bagi mengawal aliran trafik dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Laluan yang terjejas kini dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong bagi membolehkan kerja pembaikan segera dijalankan oleh kontraktor Indah Water Konsortium (IWK).
Dalam pada itu, beberapa laluan bas Rapid Penang turut mengalami gangguan dan dilencongkan melalui Jalan Macalister, Lorong Selamat, Lebuh Carnavon dan Lebuh Chulia.
Antara hentian bas yang tidak dapat dilalui termasuk Wisma MCA, Transfer Road, Menara KWSP, TM Point dan Hotel Cititel.
MBPP menasihatkan orang awam agar merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan, khususnya ketika waktu puncak.
Kerja pembaikan dijangka mengambil masa beberapa hari bergantung kepada keadaan struktur tanah dan sistem saliran.
Topic Berkaitan
#lubang benam
#Jalan Burma
#paip pembetungan bawah tanah
#mendapan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan