AMPANG: Polis Daerah Ampang Jaya akan menutup beberapa laluan menuju ke dua pusat penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN), pada Sabtu.
Penutupan jalan bermula jam 7 pagi itu adalah bagi membolehkan proses penamaan calon bagi DUN N19 Bukit Antarabangsa, N20 Lembah Jaya, N21 Pandan Indah dan N22 Teratai berjalan lancar.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata penutupan jalan akan dilaksanakan sehingga proses penamaan calon selesai.
"Penamaan calon akan dijalankan di Dewan Dato Ahmad Razali dan lencongan serta tapisan kenderaan di lampu isyarat Taman Dagang dari arah Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Azam berkata, kenderaan ringan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Lembah Jaya akan dilencongkan ke arah Jalan Merbau - Jalan Pinang - Jalan Ampang.
"Kenderaan dari arah Lembah Jaya menghala ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Wawasan - Jalan Merdeka - Jalan Ampang," katanya.
Beliau berkata, bagi laluan berhampiran lokasi penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jalan Pandan Ilmu pula kenderaan dari arah Jalan Pandan Utama menghala ke Jalan Bunga Raya akan dilencongkan ke Jalan Pandan Aman-Jalan Mawar-Jalan Bunga Raya.
"Laluan dari arah Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Pandan Utama akan ditutup sepenuhnya, oleh yang demikian, laluan alternatif bagi kenderaan yang menghala ke Jalan Pandan Utama boleh masuk ke Jalan Bunga Mawar-Jalan Pandan Aman-Jalan Pandan Ilmu," katanya.
Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, diarahkan untuk membuat penutupan jalan dan lencongan kenderaan di beberapa jalan tertentu yang difikirkan perlu bagi melancarkan serta menjamin keselamatan di sepanjang proses penamaan calon berlangsung.
"Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan hotline Trafik IPD Ampang Jaya di 03-92740112," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 27 2023
Mohd Azam berkata penutupan jalan akan dilaksanakan sehingga proses penamaan calon selesai. - Foto Sinar Harian
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis tutup sementara laluan di persimpangan Kiwa
Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.
Penamaan calon PRK Nenggiri: Polis tutup tiga jalan utama esok
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin dan menggunakan laluan alternatif.
DBKL kesan kontraktor tutup jalan tanpa kebenaran, langgar SOP
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pemantauan pematuhan kerja korekan jalan awam sekitar ibu kota pada Sabtu.
Pesawat terhempas: Laluan keluar masuk Persimpangan Elmina ditutup sementara - Prolintas
Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telah ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan.
MBSA tutup jalan sempena Hari Tanpa Kenderaan Ogos 2023
MBSA akan menutup beberapa jalan sempena penganjuran program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2023, Ahad ini.
Laluan ke dua pusat penamaan calon di Ampang Jaya ditutup sementara
Penutupan jalan bermula jam 7 pagi itu adalah bagi membolehkan proses penamaan calon berjalan lancar.
DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad budayakan amalan jalan kaki
DBKL bercadang untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Jalan TAR, untuk kegunaan kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 Sept.
Tanah runtuh: Laluan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir ditutup sementara
Laluan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) ditutup buat bermula Rabu bagi proses pembersihan dan baik pulih jalan susulan tanah runtuh di kawasan berkenaan.
Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga Jambatan Angkat ditutup mulai Ahad
Laluan kedua-dua hala di jalan pesisir Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus sehingga ke Jambatan Angkat di sini akan ditutup dari Ahad hingga Selasa ini (13 hingga 15 Feb)
Penutupan Jalan Johar, lorong kanan Lebuhraya SPRINT mulai Sabtu ini
Laluan trafik dari Kuala Lumpur menghala ke Jalan Johar melalui Lebuhraya SPRINT akan ditutup sepenuhnya mulai 28 Ogos hingga Mac 2022.