awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2024
00:54 MYT
Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik
Setakat jam 7.35 pagi, semua laluan arah utara masih terhalang dan trafik perlahan sejauh 2 kilometer. - Foto media sosial/Sinar Harian
IPOH: Sebuah treler membawa muatan serbuk besi terbalik di Kilometer 262.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara mengakibatkan semua laluan antara Ipoh ke Terowong Menora terhalang hari ini.
PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, aliran trafik tidak bergerak pada jam 4.52 pagi.
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
"Setakat jam 7.35 pagi, semua laluan arah utara masih terhalang dan trafik perlahan sejauh dua kilometer.
"Pengguna yang dalam perjalanan ke arah utara diminta menggunakan laluan alternatif, keluar di Plaza Tol Ipoh (S)," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, keadaan treler terbabit merintangi jalan dengan sebahagian muatan jatuh atas lebuh raya.
Bagaimanapun katanya, kemalangan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
"Tiada mangsa yang tersepit. Buat masa ini operasi pembersihan sedang dijalankan di lokasi kemalangan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#treler terbalik
#Lebuhraya Utara Selatan
#Terowong Menora
#kesesakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan