KOTA KINABALU: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap laluan Projek Kereta Api Trans Borneo dapat dinilai semula supaya ia dapat melibatkan rangkaian laluan ke pantai timur negeri ini khususnya Tawau.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata Projek Kereta Api Trans Borneo melibatkan laluan Kuching, Sarawak, Brunei dan Kota Kinabalu, Sabah selain Kalimantan, Indonesia itu sangat baik untuk melonjakkan ekonomi kawasan terlibat.
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.
"Agak mengecewakan bahawa Pantai Timur Sabah ditinggalkan dalam pembangunan ini kerana dahulunya memang wujud rancangan kerajaan untuk membangunkan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tawau.
"CIQ berkenaan menghubungkan Kalimantan Utara dengan kawasan di pantai timur seperti Tawau yang kaya dengan sumber alam serta sektor pelancongan," katanya menerusi rakaman audio dikongsikan kepada media di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Brunergy Utama Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Brunei akan memulakan projek Kereta Api Trans Borneo, dicadangkan dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.
Fasa pertama akan menghubungkan bandar-bandar dari barat ke pantai Timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah manakala fasa dua pula melibatkan Kalimantan Utara dan Timur menghubungkan laluan utama dengan Samarinda dan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.
Mohd Shafie berkata pembangunan berkenaan bukan semata-mata untuk kebaikan Sabah sahaja tetapi juga Malaysia secara keseluruhan.
"Trans Borneo juga bukan untuk kepentingan pantai timur Sabah sahaja tetapi kepentingan Malaysia. Kita boleh manfaatkan sektor pelancongan, sumber alam dan Kalabakan, Tawau adalah kawasan penanaman kelapa sawit yang terbesar," katanya.
Beliau akan membangkitkan perkara itu di Parlimen dan kepada kerajaan Persekutuan selepas ini supaya Sabah boleh mempunyai nilai tambah dalam membangunkan negeri ini, dan beliau berharap pihak berwajib dapat memainkan peranan memperkasa kemudahan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Mohd Shafie (foto) berkata Projek Kereta Api Trans Borneo melibatkan laluan Kuching, Sarawak, Brunei dan Kota Kinabalu, Sabah selain Kalimantan, Indonesia itu sangat baik untuk melonjakkan ekonomi kawasan terlibat. -Gambar fail/Bernama
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Laluan Kereta Api Trans Borneo perlu libatkan pantai timur Sabah - Shafie Apdal
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan, Sarawak, Brunei dan Sabah, tetapi laluan kereta api itu hanya terbatas sehingga Kota Kinabalu sahaja.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Tuntut pampasan 11 ADUN: 'Tindakan tidak masuk akal'
ADUN Sindumin itu berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.
20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai kerana kurang pekerja
Sekurang-kurangnya 20 peratus hasil sawit tidak dapat dituai berikutan kekurangan buruh, justeru memerlukan kerajaan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memastikan industri itu kekal mampan.
Parlimen: Tiada langkah basmi kemiskinan di 8 daerah Sabah - Mohd Shafie
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui proses pembinaan LPB di Sabah amat lambat berbanding di Sarawak.
Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti
Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan) dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan sekaligus keluar daripada parti berkenaan.
Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi
Sebaliknya, katanya, surat itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.