awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan LRT Kelana Jaya dijangka capai kekerapan waktu puncak 3 minit hujung bulan ini

Bernama
Bernama
23/10/2023
13:08 MYT
Laluan LRT Kelana Jaya dijangka capai kekerapan waktu puncak 3 minit hujung bulan ini
Menurut MOT, ketika ini kekerapan tren adalah 3.8 minit pada waktu puncak berbanding 4.4 minit pada Disember 2022 berikutan pengoperasian tiga tren baharu di laluan itu bermula bulan lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka mencapai kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak menjelang hujung bulan ini.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) ketika ini kekerapan tren adalah 3.8 minit pada waktu puncak berbanding 4.4 minit pada Disember 2022 berikutan pengoperasian tiga tren baharu di laluan itu bermula bulan lepas.
"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren. Tiga tren empat gerabak (bagi laluan Kelana Jaya) telah memulakan operasi pada September 2023.
"Baki 16 tren lagi akan diterima secara berperingkat sehingga Disember 2024 di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27)," menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.
Bagi laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang pula, MOT memaklumkan penggantian roda tren sedang dilaksanakan dan kekerapan tren pada waktu puncak disasar akan bertambah baik dari enam minit kepada empat minit pada hujung Januari 2024.
Selain itu, kementerian memaklumkan Prasarana sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang termasuk program khas bagi membaik pulih komponen tren yang kerap mengalami masalah.
"(Antara masalah itu) penukaran tayar tren dan aktiviti penyelenggaraan yang berfokuskan kepada punca kegagalan tren semasa operasi untuk meningkatkan ketersediaan tren," menurut MOT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laluan LRT Kelana Jaya
#kekerapan waktu puncak
#Kementerian Pengangkutan
#kekerapan tren tiga minit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan