KAHERAH: Semua kapal kargo yang terkandas akibat insiden di Terusan Suez kembali meneruskan perjalanan.
Pihak berkuasa terusan CSA mengesahkan masalah perjalanan tertunda selesai sepenuhnya pada Sabtu.
Sejumlah 61 kapal terakhir terkandas meneruskan perjalanan.
Ia sebahagian daripada 422 kapal yang menunggu giliran dan terkandas akibat insiden kapal Ever Given yang merentangi Terusan Suez.
Rantaian bekalan antarabangsa terjejas selepas kapal Ever Given sepanjang 400 meter tersangkut sejak 23 Mac lalu.
Ia hanya berjaya dialihkan selepas seminggu.
CSA kini menyiasat punca Ever Given tersangkut dan menghalang Terusan Suez selama enam hari.
Hasil siasatan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Terusan berkenaan antara sumber ekonomi penting kepada Mesir.
Insiden menyebabkan negara itu kehilangan AS$12 hingga AS$15 juta setiap hari.
Terusan Suez menyumbang sekitar AS$5.7 bilion kepada Mesir pada 2019 dan 2020.
Astro Awani
Sat Apr 03 2021
Keadaan kapal kontena Ever Given yang merentangi Terusan Suez dan menghalang laluan perdagangan. -Gambar fail
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Kapal kargo kandas selama dua jam di Terusan Suez berjaya diapungkan
Empat bot tunda SCA berjaya mengapungkan kapal kargo MSC-ISTANBUL yang terkandas semasa menyeberang dari selatan ke utara.
Lalu lintas di Terusan Suez kembali pulih
Sebuah kapal tangki minyak yang berdaftar di Singapura dilaporkan terkandas di laluan perkapalan yang sibuk itu.
Kapal MV Ever Given selamat tiba di pelabuhan Rotterdam
Kapal MV Ever Given yang terkandas di Terusan Suez selamat tiba di pelabuhan Rotterdam, Belanda.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal MV Ever Given tersekat di Terusan Suez dibenar belayar semula Rabu ini
Kapal kargo MV Ever Given dengan berat muatan 199,000 ton tersekat di Terusan Suez pada 23 Mac lalu akibat ditiup angin kencang.
Insiden Terusan Suez: Mesir rampas Ever Given, tuntut ganti rugi AS$900 juta
Tuntutan itu merangkumi yuran penyelenggaraan dan kos operasi penyelamatan.
Laluan perdagangan di Terusan Suez kembali normal selepas insiden Ever Given
Pihak berkuasa terusan CSA mengesahkan masalah perjalanan tertunda selesai sepenuhnya pada Sabtu.
Laluan Suez-Selat Melaka: Kalau ditutup punahlah dunia
Sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez sekarang ini.
Kapal MV Ever Given berjaya dialihkan
Pasukan penyelamat berjaya mengalihkan kapal MV Ever Given di Terusan Suez setelah hampir seminggu tersekat.
Usaha baharu digerakkan bebaskan MV Ever Given
Usaha baharu digerakkan bagi membebaskan kapal kontena MV Ever Given yang masih tersekat di Terusan Suez hampir seminggu.