awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Seafield-Bandar Saujana Putra kembali dibuka 1.51 petang

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2025
07:00 MYT
Laluan Seafield-Bandar Saujana Putra kembali dibuka 1.51 petang
Laluan di antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuhraya ELITE telah dibuka semula selepas ditutup untuk keselamatan akibat kebakaran di Putra Heights. -Facebook PLUS
KUALA LUMPUR: Laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (Arah Selatan) telah dibuka semula kira-kira jam 1.51 petang tadi.

Ringkasan AI
  • Laluan di antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuhraya ELITE telah dibuka semula selepas ditutup untuk keselamatan akibat kebakaran di Putra Heights.
  • PLUS mengucapkan terima kasih kepada pengguna lebuh raya atas kerjasama dan kesabaran semasa penutupan laluan.
  • Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah keselamatan susulan insiden kebakaran di Putra Heights berhampiran lebuhraya berkenaan.
"Sehubungan itu, PLUS mengucapkan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kesabaran semua pengguna lebuhraya semasa tempoh penutupan laluan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, PLUS memaklumkan pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.
Katanya, pengguna yang menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE melalui Plaza Tol Seafield.
Selain itu, katanya, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps pada ketika ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Seafield-Bandar Saujana Putra
#Putra Heights
#Lebuhraya Utara-Selatan
#pembukaan semula laluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan