awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka Jumaat ini

Aida Aziz
Aida Aziz
14/12/2021
07:12 MYT
Laluan Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka Jumaat ini
Datuk Mohd Zolkafly Harun (kiri) dan Hamdan Ali dalam sidang media berkaitan perkembangan laluan Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Astro AWANI
IPOH: Pengguna jalan raya boleh menggunakan semula laluan Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada Jumaat ini.
Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, laluan itu kini selamat digunakan setelah ditutup sejak 2 Disember lalu, susulan insiden tanah runtuh.
Bagaimanapun beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan berwaspada ketika menggunakan laluan berkenaan.
"Buat sementara ini konsesi sedang membersihkan jalan dalam masa dua hari, termasuk pembinaan longkang di tepi jalan untuk aliran air.
"InshaAllah kalau tiada halangan Jumaat ini orang ramai boleh menggunakan jalan tersebut, Simpang Pulai ke Cameron dan Cameron ke Simpang Pulai.
"Semua kenderaan boleh menggunakan jalan tersebut, tetapi saya nasihatkan supaya pengguna jalan raya ketika menggunakan jalan itu kerana sepanjang jalan itu ada banyak bukit dan cerun," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Hamdan Ali.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini laluan tersebut yang sebelum ini ditutup sepenuhnya kepada pengguna jalan raya.
Pengguna jalan raya menggunakan laluan Cameron Highlands-Tapah yang telah dibuka sebagai laluan alternatif.
Terdahulu, media melaporkan hujan berterusan sejak dua minggu lalu dikenalpasti menjadi punca kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada 2 Disember lalu.
Kejadian tanah runtuh itu turut meragut dua nyawa.
Mangsa ialah pemandu lori sayur yang dikenal pasti sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, dan pemandu Alphard, Tan Chee Heng.
Topic Berkaitan
#jalan raya
#simpang pulai
#Cameron Highlands
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan