awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Tapah-Ringlet dibuka semula 5 petang ini

Bernama
Bernama
02/12/2021
09:22 MYT
Laluan Tapah-Ringlet dibuka semula 5 petang ini
Pada 22 Nov lalu, kejadian tanah runtuh mengakibatkan laluan di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands, terhalang. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Laluan di Jalan Persekutuan FT059 Tapah-Ringlet yang ditutup sebelum ini akibat kejadian tanah runtuh pada bulan lepas, dibuka sepenuhnya untuk semua kenderaan bermula pukul 5 petang ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, memaklumkan mengenai pembukaan laluan itu dalam satu notis pemberitahuan menerusi Facebook rasminya hari ini.
Bagaimanapun notis itu memaklumkan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan berkenaan, terutama ketika musim hujan.
Pada 22 Nov lalu, kejadian tanah runtuh mengakibatkan laluan di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands, terhalang.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata kejadian itu diterima pada pukul 4.25 petang, mengakibatkan laluan kedua-dua hala terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tapah Ringlet
#tanah runtuh
#Cameron Highlands
#ringlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan