BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membangunkan Laman Ilmu@UKM sebagai hab inovasi dan penyelidikan, yang memfokuskan kepada cubaan klinikal dan rawatan menggunakan sel stem.
Projek pembangunan bernilai kira-kira RM9.4 juta yang melibatkan kerjasama Universiti Tsinghua dan Institut Penyelidikan Yangtze dari China itu dan dijangka siap pada 2025, turut dibangunkan sekali dengan komponen kejuruteraan dan teknologi maklumat, serta mengandungi elemen keusahawanan dan pembinaan ruang komersil.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Laman Ilmu@UKM ITU di sini semalam, mengalu-alukan kewujudan pusat itu yang mengambil kira elemen pengkomersialan dan pemindahan teknologi, kerana ia berupaya meningkatkan kebolehsaingan dan membantu memastikan ekonomi negara berkembang.
Beliau berkata ia selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana kerangka itu jelas menggariskan bahawa perlu ada transformasi dan pembaharuan untuk membolehkan negara keluar daripada segala cabaran.
"Tahniah kepada UKM kerana merupakan antara universiti awal menyambut usaha menjayakan kerangka Ekonomi MADANI dan saya harap usaha ini menjadi panduan dan ikutan kepada IPT lain dalam negara," katanya.
Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang merupakan kerangka ekonomi yang diumumkan Anwar pada 27 Julai lepas, bertujuan untuk mengangkat semula ekonomi Malaysia dan membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat, menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Mohamed Khaled berkata bukan mudah bagi Kerajaan Perpaduan membentangkan sebuah rancangan besar menerusi kerangka Ekonomi MADANI, yang melibatkan soal transformasi agar ia relevan dengan perkembangan semasa dan bersifat membangunkan ekonomi masyarakat.
"Kerangka Ekonomi MADANI melibatkan soal transformasi, bukan mengenai kesinambungan tetapi sesuatu yang lebih kukuh, kerana ekonomi semakin berubah dan cabaran yang dihadapi turut berbeza.
"Kalau kita lihat MADANI itu sendiri, ia menekankan soal pengamalan nilai dalam kalangan masyarakat, supaya mereka ada kekuatan pemikiran yang intelektual dan bersifat kerohanian," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata Laman Ilmu@UKM, akan memberi nilai tambah kepada usaha melestarikan agenda kampus hijau dan diharap membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat setempat.
"Laman Ilmu sebahagian daripada agenda penjanaan pendapatan, agar universiti tidak perlu terus bergantung kepada kerajaan bagi pembiayaan kewangan," katanya UKM berjaya menjana pendapatan sebanyak RM534 juta pada 2022, dan menyasarkan pendapatan sebanyak RM610 juta bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Mohamed Khaled menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Laman Ilmu@UKM yang bakal menempatkan pusat inovasi dengan kerjasama sebuah institusi terkemuka di China di UKM pada Isnin. --fotoBERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.