awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman sesawang digodam, Perkeso jamin khidmat tidak terjejas

Bernama
Bernama
08/12/2023
10:17 MYT
Laman sesawang digodam, Perkeso jamin khidmat tidak terjejas
Perkeso memaklumkan segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terlibat akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh yang diperuntukkan.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas, tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.
Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terlibat akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh yang diperuntukkan.
Menurut Perkeso pelan pengurusan krisis juga telah diaktifkan pada hari serangan laman sesawang berkenaan dibuat.
"Pada peringkat awal, modus operandi serangan siber itu dikenal pasti bertujuan untuk melumpuhkan segenap infra Perkeso yang digunakan bagi pengoperasian seharian.
"Bagaimanapun, kejayaan unit teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Perkeso mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan 'character assasination' (pembunuhan watak) terhadap imej Perkeso," menurut kenyataan itu.
Mengenai kebocoran maklumat yang dipaparkan menerusi dark web atau web tertutup, kenyataan itu memaklumkan hasil penelitian awal Perkeso mendapati kesahihan data yang dicuri penggodam amat diragui, tidak lengkap dan luput.
"Serangan siber terhadap Perkeso ini bukan kali pertama sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lepas dan berjaya dibendung.
"Tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini adalah serangan yang menyasarkan kepentingan negara. Justeru segala hasil forensik akan dikongsikan kepada pihak berkuasa demi mengelakkan episod sama berulang terhadap agensi lain," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#serangan siber
#kebocoran data
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan