Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan isu yang tular di media sosial baru-baru ini bahawa pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata demerit.
Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) hanya melibatkan kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju.
Selain itu, JPJ turut menafikan bahawa 400 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di seluruh negara.
Menurutnya setakat ini, terdapat 14 kamera AES telah dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia dan hanya akan menambah pemasangan kamera ini dari semasa ke semasa.
"JPJ ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah," katanya.
JPJ juga menasihatkan orang ramai untuk terus merujuk kepada jabatan itu sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan tidak turut serta menyebarkan salah faham tersebut.
Baru-baru ini satu rakaman suara seorang lelaki tular di media sosial mengatakan pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata demerit dan juga pemasangan 400 kamera AES.
Mulai 15 April lepas, kerajaan melaksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang menggabungkan AES dan Kejara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2017
Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) hanya melibatkan kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju. - Gambar hiasan/Reuters
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Langgar lampu kuning tidak dikenakan demerit - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan isu yang tular di media sosial baru-baru ini bahawa pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata demerit.