awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar lari: Pelajar maut selepas motosikal bergesel dengan lori

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
23/06/2022
13:38 MYT
Langgar lari: Pelajar maut selepas motosikal bergesel dengan lori
Seorang pelajar lelaki disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar dekat sini, pada Rabu. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang pelajar lelaki disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar dekat sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata mangsa, Aris Iskandar Ramli,17, disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada jam 12.30 tengah hari.
Sementara pembonceng, Muhammad Adam Aiman Hishammudin, 17, masih dirawat di hospital sama selepas mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.
Katanya, terdahulu pihak polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu kira-kira pada jam 1.15 tengah hari pada Rabu.
“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kenderaan lain dipercayai sebuah lori.
“Ia melibatkan dua remaja yang dipercayai ketika itu dalam perjalanan pulang dari sebuah sekolah di sini menuju ke rumah masing-masing.
“Setibanya mereka di lokasi kejadian, ketika motosikal sedang melalui bahu kiri jalan, ia dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori. Ia menyebabkan motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum jatuh ke tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dekat sini pada hari yang sama untuk mendapatkan rawatan susulan.
Tambah Yahaya lagi, pihak polis kini sedang mengenal pasti saki-baki saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
“Usaha mengesan lori yang disyaki terlibat masih giat dijalankan sehingga kini. Punca kejadian dan kematian masih dalam siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.
Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan yang menyebut mangsa maut adalah pelajar di sebuah Sekolah Pendidikan Khas seperti yang tular di media sosial.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa berlaku kemalangan maut dipercayai kejadian langgar lari membabitkan sebuah motosikal dengan lori di Jalan Kuala Kangsar, berhampiran dengan Bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak.
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah
#kemalangan
#motosikal
#Lori
#Ipoh
#Jalan Kuala Kangsar
#Aris Iskandar Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan