awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP: Polis akan panggil Najib

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2021
05:18 MYT
Langgar SOP: Polis akan panggil Najib
Najib berkata beliau akan beri kerjasama penuh kepada polis.
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan mengenai video tular di media sosial yang memaparkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah restoran di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.
"Video tular tersebut mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak menjalankan imbasan suhu badan dan ‘check in’ MySejahtera apabila hendak memasuki Restoran Nasi Ayam Hainam Chee Meng, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur di sini.
"Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
BACA: Langgar SOP: Polis akan panggil Najib
Katanya, kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan.
Pada Jumaat, Najib mengakui kesilapan beliau tidak mengimbas MySejahtera ketika makan di kedai.
BACA: Najib akur kompaun ingkar SOP, tegas tidak mahu keistimewaan 'double standard'
Beliau meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun terhadapnya kerana kecuaian tersebut.
“Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat 'check-in' sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.
“Tidak mengapa. Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#polis
#Najib Razak
#SOP
#PKPB
#video tular
#Mohamad Zainal Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan