awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Langkah guna bahan, barangan tempatan di acara rasmi rangsang ekonomi PKS

Bernama
Bernama
18/06/2025
13:03 MYT
Langkah guna bahan, barangan tempatan di acara rasmi rangsang ekonomi PKS
Chin Chee Seong berkata inisiatif berkenaan adalah langkah tepat yang akan memanfaatkan golongan PKS negara. - X @selangorsummit
KUALA LUMPUR: Penetapan penggunaan bahan dan barangan tempatan dalam penganjuran acara rasmi kerajaan disifatkan sebagai langkah strategik yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Presiden Persatuan PKS Malaysia Chin Chee Seong berkata inisiatif berkenaan adalah langkah tepat yang akan memanfaatkan golongan PKS negara kerana memberikan suntikan yang sangat diperlukan kepada pengilang tempatan khususnya mereka yang menghasilkan bahan pembungkusan seperti cawan kertas pakai buang mesra alam dan plastik alternatif.
Beliau berkata dengan mendapatkan bekalan daripada pengeluar tempatan, kerajaan bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada import tetapi juga merangsang pengeluaran domestik dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor pembuatan tempatan.
Chin berkata permintaan berterusan daripada program kerajaan mampu membantu pengilang tempatan mencapai skala ekonomi yang diperlukan untuk meningkatkan daya saing, kualiti produk, sekali gus membuka peluang untuk pasaran eksport.
"Sokongan kerajaan melalui dasar perolehan yang jelas dan strategik mampu memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem PKS yang lebih berdaya tahan," katanya kepada Bernama hari ini.
Satu pekeliling bertarikh 16 Jun memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun bersetuju supaya kementerian, jabatan dan agensi kerajaan memastikan penggunaan bahan dan barangan keluaran tempatan dalam penganjuran acara, majlis, mesyuarat, persidangan, seminar dan bengkel.
Ia merujuk kepada penyediaan menu makan dan minum, hiasan, peralatan dan pemberian cenderamata bertujuan meningkatkan pertumbuhan industri bahan dan barangan kraf tangan tempatan serta mempromosi kepelbagaian makanan di Malaysia.
Penasihat Persatuan PKS Johor Selatan Teh Kee Sin berkata sokongan jabatan dan agensi kerajaan untuk menggunakan produk tempatan dapat mewujudkan permintaan langsung terhadap barangan buatan negara.
"Ini merupakan peluang serta pendekatan yang amat dialu-alukan oleh PKS apatah lagi ketika situasi ekonomi yang mencabar pada masa ini," katanya.
Teh berkata inisiatif berkenaan juga memberi ruang kepada pengusaha untuk memperoleh tempahan yang lebih konsisten dalam pelbagai produk termasuk makanan dan minuman serta barangan hiasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barangan tempatan
#penganjuran acara rasmi
#PKS
#pertumbuhan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami