awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah strategik dan teknikal lindungi tapak warisan arkeologi di Bukit Melaka

Bernama
Bernama
21/07/2025
04:00 MYT
Langkah strategik dan teknikal lindungi tapak warisan arkeologi di Bukit Melaka
Batu jenis laterit yang ditemui di tapak kajian ekskavasi arkeologi di Taman Larangan, berhadapan Istana Kesultanan Melaka di Banda Hilir, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kerajaan Melaka mengambil beberapa langkah strategik dan teknikal bagi melindungi tapak warisan arkeologi di sekitar Bukit Melaka bagi memastikan kelestarian unsur sejarah yang ditemukan di kawasan berkenaan.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata antara yang ditemukan di Taman Larangan yang terletak berdapan Istana Kesultanan Melaka tersebut ialah struktur penting seperti Jajaran Kota Melaka dan Bastion Hendrica Lisa.
"Antara langkah utama diambil ialah meneruskan kajian ekskavasi di kawasan tersebut dan sekitar Bukit Melaka yang menyimpan banyak bukti sejarah selain boleh dibangunkan sebagai produk baharu pelancongan yang dikenali sebagai Pelancongan Arkeo.
"Pelancong boleh merasai sendiri bagaimana kerja-kerja kajian arkeologi dilaksanakan dengan struktur batu laterit yang ditemukan akan dikekalkan di lokasi asal sebagai objek warisan bagi memastikan integriti sejarahnya tidak terjejas dan mengintegrasikan dalam pelan pembangunan tapak sebagai elemen pameran terbuka atau pusat interpretasi warisan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) yang mahu tahu apakah langkah diambil kerajaan untuk melindungi tapak warisan tersebut.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata kerajaan negeri juga mengadakan program kesedaran seperti seminar, bengkel dan pameran untuk meningkatkan kefahaman rakyat tentang nilai warisan.
Beliau berkata program pendidikan warisan dan kesedaran masyarakat setempat akan diperkasakan melalui kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, agensi pelancongan serta pihak berkepentingan lain
"Papan penerangan dengan elemen interpretasi secara kod QR (respons pantas) akan ditempatkan di kawasan tersebut untuk membolehkan orang awam memahami kepentingan sejarah tapak ini selain kerajaan negeri juga akan mengawal pembangunan moden agar tidak merosakkan nilai sejarah tapak warisan di lokasi berkaitan.
"Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan pemuliharaan jangka panjang tapak warisan arkeologi negeri di samping membina asas kukuh bagi penyelidikan ilmiah, pendidikan awam dan pembangunan pelancongan warisan yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak warisan arkeologi
#Bukit Melaka
#kelestarian sejarah
#Abdul Razak Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan