Anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas, dibebaskan hari ini, demikian diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Zakiah, yang baru tiba di Sandakan pagi ini dari Selatan Filipina, dengan menaiki bot.
"Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau telah berhasil.
"Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah berusaha sedaya upaya sehingga memastikan pembebasan Zakiah," katanya.
Musa berkata beliau telahpun menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan itu.
Musa berkata Najib merakamkan rasa gembira dengan berita pembebasan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Zakiah.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan negeri dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), beliau menyeru anggota keselamatan agar sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan.
Tegasnya ini bagi memastikan agar keselamatan dan keamanan Sabah dan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman keselamatan khususnya di kawasan perairan negara.
Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak manakala Zakiah diculik oleh kumpulan berkenaan ketika mereka sedang menjalankan tugas rondaan di resort itu.
Ab Rajah terbunuh dalam kejadian itu.
Bernama
Sat Mar 07 2015
MUSA AMAN: Anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik di Pulau Mabul tahun lalu telah dibebaskan. - Gambar Fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik di Pulau Mabul dibebaskan hari ini
Anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul tahun lalu telah dibebaskan.