awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantik warden dalam kalangan guru lebih sesuai, tingkat kepercayaan murid dan ibu bapa - KPM

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/10/2025
08:43 MYT
Lantik warden dalam kalangan guru lebih sesuai, tingkat kepercayaan murid dan ibu bapa - KPM
Menurut Kah Woh, warden bukan berperanan sebagai penjaga semata-mata, tetapi juga sebagai 'loco parentis' yang dapat memberi bimbingan pendidikan, disiplin dan pembentukan sahsiah murid. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lantikan warden dalam kalangan guru dilihat lebih sesuai untuk sekolah berasrama penuh di bawah kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) berbanding penggunaan khidmat pesara tentera atau polis.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pelantikan warden dalam kalangan guru diyakini dapat meningkatkan kepercayaan serta penerimaan murid dan ibu bapa.
“Soal pelantikan ini suka kami menyatakan, warden di asrama penuh memainkan satu peranan bukan sebagai penjaga semata-mata, tapi juga sebagai loco parentis yang dapat memberi bimbingan pendidikan, disiplin dan pembentukan sahsiah murid.
"Pelantikan warden dalam kalangan guru juga diyakini dapat meningkatkan kepercayaan serta penerimaan murid dan ibu bapa," katanya.
Maklum balas itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali di Dewan Rakyat pada Rabu mengenai langkah menangani kes buli yang semakin membimbangkan, termasuk tindakan tegas terhadap pihak pentadbiran sekolah yang cuai.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, jumlah warden asrama bagi setiap 50 murid ditingkatkan kepada tiga orang sebagai salah satu usaha membanteras kes buli di sekolah.
Ini menjadikan keseluruhan warden meningkat 68.5 peratus atau 10,204 pada tahun ini, berbanding 6,055 pada 2022.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#warden
#asrama sekolah
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan