awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan Nurul Izzah: Adakah PM mahu letakkan satu tanda aras baharu? - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
01/02/2023
04:08 MYT
Lantikan Nurul Izzah: Adakah PM mahu letakkan satu tanda aras baharu? - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, semalam. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri sebagai sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu penanda aras baharu dimana mana-mana ahli keluarga pemimpin boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan tanpa diberikan bayaran.
Selepas kajian dibuat, Muhammad Sanusi mendapati, tiada penjawatan yang wujud seperti dikhususkan kepada Nurul Izzah iaitu seseorang individu melakukan kerja bagi pihak kerajaan tanpa menerima gaji atau bayaran memandangkan ia terkait dengan beberapa perkara termasuk skim saraan.
Muhammad Sanusi turut memaklumkan, tugasan atau penjawatan sedemikian hanya wujud di dalam organisasi badan-badan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau secara berseloroh turut menyatakan pelantikan ini adalah gambaran dan maksud sebenar Malaysia Madani yang dibawakan Perdana Menteri
"Saya (sudah) kaji adakah perlantikan (Nurul Izzah) di Pejabat Kementerian Kewangan yang akan melakukan (kerja) bagi pihak kerajaan boleh (untuk) tidak ambil gaji, (dan) tidak ada skim saraan untuk dia, saya rasa tiada penjawatan sebegitu, penjawatan (di dalam kerajaan) adalah apabila you ada (bagi) service you ada payment
"Perkara begitu tidak pernah dilakukan, (ia) nampak luar biasa, saya tidak tahu, sama ada (Datuk Seri Anwar) hendak 'set benchmark' selepas ini orang politik dan anak mereka boleh terbabit dengan kerajaan (dengan) tanpa mengambil gaji, ini lah MADANI dan anak bini," sindir Muhammad Sanusi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, pada Selasa.
Semalam, Perdana Menteri berkata, beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya.
Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Anwar berkata, beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.
Anwar turut mempersoalkan pihak yang mengkritik yang menurut beliau, mereka juga tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah
#Nurul Izzah penasihat kanan
#Anwar Ibrahim
#Nurul Izzah tidak dibayar gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan