PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Mengulas dakwaan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) bahawa pelantikan Azam tidak selari dengan janji reformasi institusi, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, bagaimanapun tidak memperincikan aspek pertimbangan terbabit dengan menyatakan badan bukan kerajaan itu berhak menyuarakan pendapat mereka.
"C4 berhak nyatakan pandangan itu, tapi pada masa yang sama ada beberapa pertimbangan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri Anwar dalam membuat keputusan ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
C4 Center dalam kenyataan semalam menyatakan pelantikan semula Azam dikhuatiri akan menjejaskan keupayaan SPRM untuk memerangi rasuah dan menegakkan tadbir urus yang baik di Malaysia.
Pada 10 Mei lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dilapor berkata Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh setahun berkuat kuasa 12 Mei 2024 dengan pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Mohd Zuki berkata pelantikan itu dibuat selaras subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Mengenai dakwaan wujud kartel melibatkan pimpinan tinggi perkhidmatan awam yang dikatakan meminta komisen bagi projek-projek tertentu, Fahmi meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa.
"Perkara ini tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, lazimnya sesiapa ada aduan, maklumat boleh buat laporan kepada badan penguatkuasaan untuk tindakan berlandaskan lunas undang-undang," katanya.
Sebelum ini, tular beberapa hantaran pengguna platform X @zeyhnnnn yang mendakwa kewujudan kartel perkhidmatan awam itu melibatkan pimpinan tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
![Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715770663_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Fahmi bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722037332_ParisAtletMalaysia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI selama tiga tahun berturut-turut menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Kelonggaran pelaksanaaan e-Invois enam bulan bermula 1 Ogos
Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
![Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715770663_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
![PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715694631_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
![Nahas helikopter Lumut: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah Nahas helikopter Lumut: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713693172_AnwarIbrahim.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
![Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705974144_TBSUAMIISTERISAK.jpg)
Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri
Sumbangan wang tunai daripada PM diharap dapat bantu ringankan beban Arman Othman sekeluarga.
![Anwar bertemu diaspora Malaysia di Tokyo Anwar bertemu diaspora Malaysia di Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702934483_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar bertemu diaspora Malaysia di Tokyo
Seramai 416 rakyat Malaysia di Jepun berpeluang bertemu Perdana Menteri pada majlis minum petang diaspora Malaysia.
![Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701143662_TBAnwarjpg.jpg)
Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar
PM mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama TPM terlebih dahulu.
![PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695936199_AnwarAhmadDhani.jpg)
PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini
Datuk Seri Anwar pula akan hadir konsert DEWA19 pada sebelah malam di Axiata Arena.
![Turki setuju MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul - PM Turki setuju MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695251773_TBUNGA.jpg)
Turki setuju MAHB terus kendali Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul - PM
Persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kepada Datuk Seri Anwar pada pertemuan mereka di New York.
![PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694173946_TBnajihah.jpg)
PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini.
![PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691358810_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.