BENTONG: Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan.
"Bagi mengelak konflik, kita melakukan perundingan malah sebelum sesuatu pelantikan dibuat sekretariat ini akan memperincikan dahulu latar belakang individu berkenaan.
"Ini dibuat agar tokoh-tokoh mewakili parti politik yang diketengahkan mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 peringkat negeri Pahang, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh menteri dan timbalan menteri daripada UMNO ketika penubuhan Kerajaan Perpaduan mencapai 100 hari, hari ini.
Menurutnya, beliau mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau prestasi kesemua menteri dan timbalan menteri terhadap perkhidmatan yang diberikan mereka di kementerian antaranya melalui jawapan pada sidang Dewan Rakyat serta kenyataan yang dikeluarkan kepada media.
"Apa yang penting mereka dapat memenuhi harapan rakyat kerana imej mereka malah saya sendiri adalah cerminan kepada imej UMNO... khidmat yang diberikan telah mengubah persepsi bahawa tokoh-tokoh UMNO boleh memberikan perkhidmatan yang baik," katanya.
Ditanya mengenai harapannya berhubung pemilihan calon pimpinan peringkat tertinggi UMNO bagi tempoh 2023-2026, Ahmad Zahid berkata beliau yakin perwakilan mempunyai cukup pengetahuan dalam menentukan gabungan kepimpinan baharu yang boleh melonjakkan perjuangan parti ke tahap lebih tinggi.
Beliau berkata berdasarkan trend pemilihan Ketua Wanita, Pemuda, Puteri dan barisan exco pergerakan sayap UMNO yang dimuktamadkan semalam, beliau yakin seluruh perwakilan bagi peringkat tertinggi memahami bahawa ahli parti mahukan kesinambungan dan keseimbangan dalam kepimpinan yang akan dibentuk.
"Harapan saya agar ada kombinasi antara yang lama dan muka baharu dapat diketengahkan kerana faktor ini penting dalam merelevenkan UMNO dengan semua peringkat umur atau kumpulan generasi," katanya.
Pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi akan berlangsung pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Ahmad Zahid berkata setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan. - Gambar fail

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB
Menurut Shahaniza, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.

Lantikan politik: Perlu bezakan antara GLC dan badan berkanun - Loke
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika menyanggah kritikan berhubung isu pelantikan beberapa ahli politik ke dalam badan berkanun.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis - Ahmad Zahid
Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

PKR Perak lakukan tapisan teliti calon jawatan lantikan politik
Setiausaha PKR Perak Mohd Azlan Helmi berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap lantikan baharu dibuat secara tertib dan mengikut prosedur.

Peruntukan undang-undang ketika ini boleh timbulkan konflik kepada Peguam Negara - Dr Jahaberdeen
Jahaberdeen berkata, ada beberapa cara untuk meningkatkan martabat AG, seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti UK dan AS.

Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata pelantikan berdasarkan parti politik akan menjejaskan integriti.

Khidmat pengerusi, ahli lembaga pengarah lantikan politik tamat serta-merta - Laporan
Kesemua perkhidmatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah di bawah kuota lantikan politik akan ditamatkan dengan serta-merta.

Satu 'pembaziran' lantik ahli politik isi jawatan bertaraf menteri - Tun Mahathir
Peruntukan yang dibayar kepada individu berkenaan sewajarnya digunakan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam tempoh sukar tatkala berhadapan dengan situasi penularan wabak COVID-19.