awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan cedera dalam letupan gas yang menggegarkan Mid Valley

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2016
06:41 MYT
Lapan cedera dalam letupan gas yang menggegarkan Mid Valley
Pengurusan Mid Valley Megamall mengesahkan insiden disebabkan oleh letupan kecil semasa kerja pemasangan semula sistem sistem gas petroleum cecair (LPG). -Twitter Domycw
Dua letupan kecil akibat kebocoran gas berlaku di kedai makanan dan minuman yang terletak di pusat beli-belah Mid Valley Megamall di Jalan Klang Lama, di sini, hari ini.
Pengurusan Mid Valley Megamall dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengesahkan kejadian dan memaklumkan insiden berlaku susulan kerja pemasangan semula sistem gas petroleum cecair (LPG).
Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan bahawa insiden tidak melibatkan kemalangan jiwa, namun lapan individu terlibat -- terdiri daripada kakitangan penyelenggaraan, kontraktor LPG dan pekerja -- mengalami kecederaan, manakala dua daripada mereka parah.
Terdahulu media melaporkan lapan individu cedera dalam insiden letupan tersebut.
Dua letupan kecil akibat kebocoran gas berlaku di kedai makanan dan minuman yang terletak di pusat beli-belah Mid Valley Megamall.
Dua letupan kecil akibat kebocoran gas berlaku di kedai makanan dan minuman yang terletak di pusat beli-belah Mid Valley Megamall.
Dalam pada itu, pengurusan Mid Valley Megamall telah menutup sistem gas di premis terbabit bagi menjamin keselamatan pengunjung dan penyewa.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan telah menutup semua sistem gas di Mid Valley Megamall untuk sementara waktu.
"Keselamatan tetap menjadi keutamaan kami dan akan memberi tumpuan terhadap keselamatan penyewa dan pengunjung kami," kata kenyataan itu lagi.
Tambahnya, pusat beli-belah itu akan terus dibuka kepada pengunjung dan sebarang maklumat dan perkembangan semasa akan dimaklumkan kepada orang ramai.
Dalam pada itu, pengurusan Mid Valley Megamall telah menutup sistem gas di premis terbabit bagi menjamin keselamatan pengunjung dan penyewa.
Dalam pada itu, pengurusan Mid Valley Megamall telah menutup sistem gas di premis terbabit bagi menjamin keselamatan pengunjung dan penyewa.
Topic Berkaitan
#kebocoran gas
#letupan
#LPG
#Mid Valley Megamall
#sistem gas petroleum cecair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan