awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi baharu, indeks komposit naik 1.55 peratus
Angka ekonomi negara memukau, namun jangan dilupakan yang terpinggir - PM
IKM, KKTM, MJII kini dikenali sebagai TVETMARA - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan ditahan, pukul peragut hingga meninggal dunia

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/07/2025
04:35 MYT
Lapan ditahan, pukul peragut hingga meninggal dunia
Susulan kematian suspek dalam kes ragut di Cheras pada Selasa, polis menahan lapan lelaki tempatan berusia antara 22 dan 72 tahun bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul oleh orang awam ketika cuba melakukan jenayah ragut di kawasan perumahan berhampiran Batu 9, Cheras, pada Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, ketika kejadian, polis menerima maklumat kecemasan berhubung cubaan ragut ke atas seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai guru tadika KEMAS, pada 11.10 pagi.
“Suspek seorang lelaki dipercayai warga asing berjaya ditahan oleh orang awam di lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, ketika polis tiba, suspek didapati terbaring dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai merupakan warganegara asing.
“Lelaki itu berkulit cerah, dianggarkan setinggi 160 sentimeter dan memakai baju-T hitam serta seluar pendek hitam berlogo ‘Adidas’,” katanya.
Berikutan kejadian itu, polis menahan lapan lelaki tempatan berusia antara 22 dan 72 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan bagi membantu siasatan.
“Kesemua suspek direman enam hari bermula 23 hingga 28 Julai 2025,” jelas Mohd Zaid.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.
Prosedur bedah siasat ke atas mangsa dilakukan pada Selasa dan punca kematian masih menunggu analisis makmal oleh pakar patologi.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini atau butiran mengenai mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Ong Eng Yew di talian 012-6966849 atau tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#warga asing
#Cheras
#Kajang
#ragut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan