BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang merekodkan lapan kematian kakitangannya akibat wabak COVID-19 sejak pandemik itu melanda negara Mac tahun lalu.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud memaklumkan mereka yang terkorban berusia 28 hingga 57 tahun.
Rozali berkata, mereka yang terkorban terdiri daripada tiga yang belum menerima vaksin, empat telah menerima dos pertama manakala hanya seorang sahaja yang telah lengkap divaksin.
Jelasnya, setakat ini seramai 33 lagi kakitangan di MBSP masih sedang bertarung nyawa akibat virus ini.
Rozali berkata, bagi melindungi kakitangannya, pemberian vaksin menjadi keutamaan bagi mencegah penularan COVID-19 yang lebih teruk.
"Seramai 3,930 atau 98.6 peratus warga kerja MBSP telah divaksinasi sehingga kini,
“Anda (warga MBSP) mesti sihat dan teruskan menabur bakti kerana anda adalah 'benteng' Seberang Perai ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Ibu Pejabat MBSP, Bandar Perda, pada Jumaat
Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 17 2021
Warga MBSP pada Majlis Sambutan Hari Bandaraya di Ibu Pejabat MBSP, Bandar Perda, pada Jumaat. - Foto ihsan MBSP
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Lebih banyak taman rekreasi akan ditutup jika tidak patuh SOP - MBSP
Berdasarkan pemantauan, masih ada segelintir masyarakat yang memandang ringan perkara tersebut sewaktu beriadah.