Sarawak merekodkan lapan kes baharu COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu kepada 42 kes sehingga kini.

Daripada jumlah itu, lima kes dikesan di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala dua lagi di Hospital Miri dan Hospital Sibu (satu).

Perkembangan itu dimaklumkan dalam Laporan COVID-19 oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Laporan terkini oleh Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) Sarawak

Sementara itu, sebanyak 35 kes baharu diklasifikasikan sebagai kes orang yang disyaki (PUI) direkodkan pada Selasa.

Menurut jawatankuasa itu lagi, 204 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

Laporan itu turut menyebut, jumlah keseluruhan kes yang sudah diuji sejak 11 Januari lalu adalah sebanyak 502 kes dengan 263 kes adalah negatif.

Selain itu, 656 jumlah kes direkodkan menerusi pengesanan kontak kluster satu.