Polis memburu lapan lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja lelaki maut akibat dipukul selepas terlibat dalam kemalangan di Bulatan Sungai Buloh awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa R. Devar, 18, bersama tiga rakannya yang menaiki dua motosikal secara tiba-tiba dilanggar sebuah kereta di bulatan itu menghala ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 3 pagi.
"Pemandu itu dipercayai keluar dari keretanya bersama beberapa individu yang bertindak memukul Devar dan rakan-rakannya yang dalam perjalanan pulang dari kuil.
"Ketiga-tiga rakan Devar yang berusia 19 hingga 20 tahun kemudian melarikan diri meninggalkannya seorang diri di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Isnin.
Mohd Zani berkata Devar yang tidak bekerja dan berasal dari Kampung Lindungan cedera di kepala, kaki dan tangan, dihantar ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 4 pagi.
Beliau berkata tiga rakan mangsa turut mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat dipukul suspek dan dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.
Susulan itu, katanya polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 27 tahun di Petaling Jaya dan Sungai Buloh pada pukul 3 hingga 6 petang tadi berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bernama
Tue Aug 09 2016
Menurut ACP Mohd Zani Che Din, cedera di kepala, kaki dan tangan, dihantar ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 4 pagi. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lapan lelaki diburu berhubung kes remaja lelaki mati dipukul
Polis memburu lapan lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja lelaki maut akibat dipukul selepas terlibat dalam kemalangan di Bulatan Sungai Buloh.