awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan rumah, gereja di Kampung Babah Bunduon, Penampang musnah terbakar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
18/09/2021
07:22 MYT
Lapan rumah, gereja di Kampung Babah Bunduon, Penampang musnah terbakar
Jelasnya, sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian. - Foto Bernama
PENAMPANG: Sebanyak lapan rumah dan sebuah gereja musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Babah Bunduon, Penampang pagi Sabtu.
Turut musnah dalam kebakaran pada pukul 8.30 pagi itu ialah tiga buah kenderaan tetapi tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.
Jelasnya, sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik sahaja tiba, api sudah marak sebahagian besar rumah di kampung berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak.
“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 91 meter dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera bomba,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Tambahnya, api telah berjaya dikawal pada jam 9.20 pagi dan setakat ini operasi masih diteruskan bagi menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Kampung Babah Bunduon
#Bomba Sabah
#musnah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan