awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS

Aida Aziz
Aida Aziz
06/05/2024
02:40 MYT
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Proton Exora yang terbalik di sisi kanan menyebabkan lapan orang termasuk kanak-kanak dan bayi cedera dalam kemalangan di KM 183.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, Bagan Serai, awal pagi tadi. - Foto JBPM Perak
BAGAN SERAI: Seramai lapan orang termasuk kanak-kanak dan bayi cedera setelah kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 183.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 2.16 pagi.
Sejurus itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bergegas ke lokasi.
Katanya, kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora dan kenderaan itu terbalik di sisi kanan.
"Kemalangan itu membabitkan lapan mangsa iaitu seorang lelaki, tiga wanita, dua kanak-kanak dan dua bayi.
"Anggota bomba mengeluarkan kesemua mangsa dari kereta tersebut dan mereka dibawa ke Hospital Taiping bagi tindakan susulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Khalid Mohd Idris itu membabitkan enam anggota dan tamat jam 3.45 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuhraya Utara Selatan
#kanak-kanak dan bayi cedera
#Proton Exora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan