awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan warga Indonesia masuk secara haram diberkas di Kapar

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2021
01:58 MYT
Lapan warga Indonesia masuk secara haram diberkas di Kapar
PATI yang diberkas di Jalan Ban, Kampung Tok Muda, Kapar pada Rabu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih memberkas lapan individu warga Indonesia yang masuk ke negara ini secara haram di Jalan Ban, Kampung Tok Muda, Kapar pada Rabu.
Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan itu berumur antara 22 tahun hingga 55 tahun terdiri enam lelaki dan dua perempuan warga Indonesia.
"Hasil siasatan lanjut, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Kesemua mereka dipercayai masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Ujian saringan COVID-19 akan dijalankan ke atas kesemua suspek bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas PDRM.
"Masyarakat diseru agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#PGA
#masuk secara haram
#Kampung Tok Muda
#pendatang asing tanpa izin
#pesisir pantai
#kapar
#dokumen perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan