awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim siap 2026, bakal ubah ekonomi Kedah - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
02/08/2021
08:17 MYT
Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim siap 2026, bakal ubah ekonomi Kedah - Sanusi
Muhammad Sanusi berkata, lapangan terbang itu kelak akan menjadi hab penerbangan haji serta umrah khususnya bagi penduduk di negeri yang berada di utara Semenanjung Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
ALOR SETAR: Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka siap sepenuhnya pada 2026, sekali gus bakal menjadi pemangkin dalam mengubah landskap ekonomi di negeri Kedah.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, fasa pertama projek pembinaan lapangan terbang itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah.
Menurut beliau, beberapa projek lain akan turut menyusul termasuk pembinaan Lebuh Raya Koridor Utara (NCH) melibatkan laluan antara Bandar Baharu ke Sungai Petani dan akses baharu Lebuh Raya Utara-Selatan di Tikam Batu.
Kata Muhammad Sanusi, kerja-kerja menaik taraf laluan keluar masuk ke Sungai Petani juga akan dilaksanakan selain terdapat cadangan penjajaran baharu kereta api dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang melalui Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Sungai Petani, Kedah.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media selepas mewakili kerajaan negeri Kedah dalam memeterai perjanjian usahasama dengan Kumpulan ECK di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pada Isnin.
Menerusi perjanjian berkenaan, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) akan ditubuhkan bagi bertindak sebagai pemilik serta pemaju projek KXP.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, KXP dalam lima tahun akan datang bakal memegang peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan serantau termasuk hab industri halal dan e-dagang bagi rantau Asia Tenggara.
Beliau yang juga Pengerusi KXP AirportCity Holdings Sdn. Bhd turut menjelaskan, lapangan terbang itu turut akan menjadi hab penerbangan haji serta umrah khususnya bagi penduduk di negeri yang berada di utara Semenanjung Malaysia.
Susulan itu, kerajaan negeri optimis dari sudut ekonomi, bahawa KXP mampu menjana kepada peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri Jelapang Padi itu yang diunjurkan 7.5 peratus setahun berbanding 4.5 peratus ketika ini.
Tambahnya, sumbangan KXP kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) pula dijangka mampu mencecah RM1.186 blion pada 2026 selain dijangka menyediakan antara 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim
#KXP
#landskap ekonomi
#Kedah
#Lebuh Raya Koridor Utara
#Taman Teknologi Tinggi Kulim
#Menteri Besar Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan