awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari

Bernama
Bernama
24/12/2024
14:30 MYT
Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata kerajaan negeri akan membiayai pembinaan lapangan terbang berkenaan memandangkan terdapat keperluan mendesak terhadap pelaksanaannya. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan dan pelancongan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri akan membiayai pembinaan lapangan terbang berkenaan memandangkan terdapat keperluan mendesak terhadap pelaksanaannya.
Beliau berkata pembinaan lapangan terbang itu akan mengukuhkan peranan syarikat penerbangan milik Sarawak selepas pengambilalihan MASwings, untuk menghubungkan negeri ini dengan destinasi serantau dan antarabangsa.
"Walaupun menguruskan syarikat penerbangan bukanlah satu usaha mudah, kita tiada pilihan selain melabur dalam syarikat penerbangan baharu ini bagi memenuhi tujuan dengan model perniagaan kita sendiri.
"Bergantung kepada syarikat penerbangan sedia ada untuk memenuhi keperluan bukanlah pilihan jika Sarawak ingin menjadi destinasi yang dicari oleh pelancong dan golongan perniagaan," katanya dalam ucapan sempena sambutan Krismas.
Abang Johari berkata ini adalah aset strategik yang ingin dibangunkan dan dicapai oleh Sarawak dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Beliau yang mengakui usaha itu memerlukan masa tetap berharap ia akan membantu Sarawak mencapai aspirasi negeri berstatus maju.
"Tidak dinafikan kita mesti bekerja lebih keras untuk menjayakan sesuatu dan mengelak daripada diganggu oleh unsur-unsur yang suka melihat kita di belakang mereka.
"Inilah masanya bagi kita, rakyat Sarawak untuk berdiri teguh dan bersatu menjadi masyarakat yang penuh keberanian bagi menentukan nasib kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#pelancongan
#aset strategik
#lapangan terbang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan