SIBU: Sepuluh penerbangan dari Lapangan Terbang Sibu di sini dibatalkan petang ini selepas arahan pembatalan penerbangan ke Sabah dan Sarawak dibuat berikutan kejadian Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia meletus.
Tinjauan Bernama di lapangan terbang itu mendapati tidak ramai penumpang yang masih menunggu penerbangan mereka kerana kebanyakannya telah balik selepas selesai urusan menukar penerbangan dengan syarikat penerbangan terlibat.
Ahli perniagaan, BC Tan, 77, yang ke lapangan terbang itu untuk menghantar rakannya berkata dia mendapat tahu tentang pembatalan penerbangan hari ini pada kira-kira 8.30 pagi tadi.
"Anak lelaki saya kemudian menelefon saya pada lebih kurang 9 pagi mengesahkan kesahihan berita itu," katanya ketika ditemui.
Menurutnya rakan yang mahu ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat AirAsia telah ke pejabat jualan syarikat itu untuk mendapatkan tiket ke Kuching sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu.
Namun, katanya semua penerbangan laluan Sibu ke Kuching dan Kuching ke Kota Kinabalu turut dibatalkan.
Seorang ahli perniagaan dari Singapura, Ang Puay Koon, 67, pula berkata dia terpaksa menunggu satu malam lagi di Sibu untuk penerbangan seterusnya ke Kota Kinabalu.
"Itu pun belum tentu lagi bila penerbangan akan beroperasi seperti sedia kala. Kita kena tunggu hingga keadaan mengizinkan," katanya.
Sementara itu, seorang kakitangan Lapangan Terbang Sibu yang enggan dikenali memberitahu semua penumpang faham dengan situasi yang berlaku dan tenang menguruskan penerbangan masing-masing ke hari lain.
Menurutnya lima penerbangan dapat berlepas pada pagi tadi sebelum arahan pembatalan dikeluarkan.
"Dua pesawat iaitu AirAsia dan Batik Air berlepas ke Kuala Lumpur manakala dua pesawat MasWings berlepas ke Miri dan sebuah pesawat AirAsia berlepas ke Kuching," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Tidak ramai penumpang yang masih menunggu penerbangan mereka kerana kebanyakannya telah balik selepas selesai urusan menukar penerbangan. - Gambar fail
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Pegawai AAIB masih siasat insiden pesawat MH2718 tergelincir
Insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu malam Sabtu lepas masih dalam siasatan.
Ramai tidak tahu penerbangan di Lapangan Terbang Sibu dibatal
Ramai penumpang yang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Sibu ke destinasi lain mendakwa mereka tidak mengetahui mengenai pembatalan semua penerbangan hari ini.
Pesawat tergelincir: Lapangan Terbang Sibu ditutup sementara
Lapangan Terbang Sibu kini ditutup buat sementara waktu sehingga 8 malam ini susulan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH2718 tergelincir semalam.