awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai AAIB masih siasat insiden pesawat MH2718 tergelincir

Bernama
Bernama
10/04/2017
10:59 MYT
Pegawai AAIB masih siasat insiden pesawat MH2718 tergelincir
Siasatan dijalankan mengikut Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu malam Sabtu lepas masih dalam siasatan.
Pengarah Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan, Datuk Yahaya Abdul Rahman berkata dua pegawai AAIB berada di sini untuk menyiasat insiden itu melibatkan penerbangan MH2718.
"Siasatan masih dijalankan. Saya tidak boleh memberitahu apa-apa sekarang sehingga kita menerima laporan siasatan," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Siasatan dijalankan mengikut Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Pegawai tersebut tiba dari Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Bintulu sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Sibu melalui jalan darat tengah hari semalam.
Sementara itu, operasi di Lapangan Terbang Sibu pulih seperti biasa dan berjalan lancar.
Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, sebanyak 44 penerbangan tiba dan berlepas hari ini manakala enam penerbangan telah dibatalkan.
Lapangan terbang telah membatalkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) yang dikeluarkan sebelum ini dan menyambung semula operasi tengah malam tadi.
Sebanyak 48 penerbangan yang dijadualkan berlepas di Lapangan Terbang Sibu dibatalkan semalam selepas landasan lapangan terbang ditutup untuk kerja-kerja mengalihkan pesawat dijalankan.
Lapangan terbang itu dibuka semula selepas pesawat berkenaan berjaya dialihkan dari landasan pada 7 malam semalam dan kini ditempatkan di Ruang 1 bangunan terminal. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Bintulu
#Lapangan Terbang Sibu
#Malaysia Airlines
#MH2718
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan