awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor jika ada perubatan Islam 'online' menyeleweng

Bernama
Bernama
19/06/2022
10:05 MYT
Lapor jika ada perubatan Islam 'online' menyeleweng
Idris berkata laporan itu perlu bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil jika amalan perubatan itu telah menyeleweng. - Gambar fail
TAIPING: Orang ramai diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada amalan perubatan Islam dalam talian yang salah dan menyeleweng di sisi agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata laporan itu perlu bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil jika amalan perubatan itu telah menyeleweng.
"Kita harap netizen kalau ada amalan perubatan yang melanggar akidah agama seperti soal jampi, jangan tunggu pejabat agama dan boleh laporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Kita tidak mahu perkara itu menular sehingga mendatangkan musibah," katanya pada sidang media sempena Program Jualan Bergerak Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di sin, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, semalam yang mencadangkan agar Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengadakan satu mesyuarat bagi memperhalusi isu berhubung trend pengamal perubatan Islam secara dalam talian.
Sebelum ini Ketua Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan Darussyifa Malaysia, Datuk Abdul Rashid Mat Amin, berkata kemunculan individu yang mendakwa melakukan penipuan dengan mengenakan caj tinggi dan kesalahan moral seperti mencabul benar-benar mencalarkan imej perawatan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perubatan Islam
#rawatan alternatif
#menyeleweng agama
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan