awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor jika kesan pencerobohan di sempadan - Panglima Tentera Darat

Bernama
Bernama
21/04/2020
09:55 MYT
Lapor jika kesan pencerobohan di sempadan - Panglima Tentera Darat
AHMAD HASBULLAH: Keadaan di sempadan terkawal dan kita telah perketatkan dengan pelbagai cara...rondaan dan penggunaan alatan seperti dron di kawasan yang selalu dilalui. - Bernama
Orang ramai diminta turut sama membantu pihak berkuasa keselamatan dalam membendung kemasukan warga asing ke negara ini secara tidak sah, dengan melaporkan kehadiran golongan itu yang didapati berada di kawasan sempadan mahupun di 'laluan tikus'.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata ia amat penting bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan sempadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan mencegah penularan wabak COVID-19.
"Keadaan di sempadan terkawal dan kita telah perketatkan dengan pelbagai cara...rondaan dan penggunaan alatan seperti dron di kawasan yang selalu dilalui.
Tetapi negara ini luas...kita tidak boleh pantau setiap inci (tempat)...perlukan antara satu sama lain (kerjasama rakyat dan pihak berkuasa) untuk elak pencerobohan oleh warga asing," katanya kepada pemberita selepas lawatan Op Penawar di bawah tanggungjawab Briged Kelapan Infantri (8 Briged) di Kampung Gong Pauh, di sini pada Selasa.
Lawatan itu bertujuan melihat perkembangan pelaksanaan dan penguatkuasaan PKP oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dibantu oleh anggota tentera.
Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik.
Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah berkata pihaknya juga terus mengawal ketat sempadan pada bulan Ramadan bagi mengelak tercetusnya kluster baharu disebabkan kemasukan rakyat asing.
"Malaysia ini negara yang ramai orang nak datang kerana faktor orangnya yang baik-baik, ekonomi bagus dan penjagaan kesihatan terbaik. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di sempadan supaya tidak bolos dan elak timbul kluster baharu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi
#COVID-19
#Orang ramai
#Panglima Tentera Darat
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rakyat Malaysia
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan