KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan menggunakan bot supaya melaporkan keberadaan mereka kepada pihak berkuasa.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata langkah itu perlu bagi mengoptimumkan penggunaan aset dalam tempoh bencana di satu-satu lokasi.
"Dalam tempoh bencana, pusat kawalan akan dibuka di Ibu Pejabat Polis Daerah, namun jika mereka (pihak yang ingin menghulurkan bantuan) tidak boleh buat laporan di IPD, biasanya pusat kawalan akan turut dibuka di kawasan insiden... jadi mereka boleh melapor diri di situ," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2023 di sini semalam, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasain.
Abdul Wahab berkata pihaknya amat menghargai bantuan orang ramai khususnya masyarakat setempat dalam membantu agensi penyelamat semasa tempoh banjir.
"... tetapi yang penting, bot yang ingin membantu mangsa banjir itu perlu mempunyai jaket keselamatan. Walaupun mereka mahir selok-belok sesuatu kawasan, soal keselamatan diri dan penumpang tetap menjadi keutamaan.
"Kita perlu kemahiran mereka kerana memudahkan serta mempercepat ketika memindah dan memberi bantuan kepada mangsa," katanya.
Sementara itu, Nor Hisham berkata JBPM telah mengarahkan balai bomba supaya memastikan bot sukarela yang ingin membantu mangsa banjir dilengkapi jaket keselamatan.
"JBPM telah maklumkan semua balai, kalau NGO (pertubuhan bukan kerajaan) masuk (ke kawasan banjir) tetapi mereka tidak ada jaket keselamatan, kita cuba bekalkan sekurang-kurangnya untuk pengendali bot. Kita juga beritahu supaya seboleh-bolehnya ada anggota agensi penyelamat turut serta dalam bot itu sekurang-kurangnya seorang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Abdul Wahab berkata pihaknya amat menghargai bantuan orang ramai khususnya masyarakat setempat dalam membantu agensi penyelamat semasa tempoh banjir. - Gambar fail/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming
Resah berganda dan tidur Khairul Aming tidak lena memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir di bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim.
Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.
CIMB peruntuk RM2.5 juta tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank menawarkan kemudahan kepada pelanggan untuk permohonan Pelan Bantuan Banjir.
Banjir Kelantan: 'Jika perlu apa-apa, terus maklumkan kami' - Zahid pesan kepada Nasuruddin
Ahmad Zahid menghubungi Mohd Nasuruddin untuk bertanya mengenai perkembangan keadaan banjir di Kelantan.
NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah untuk bantuan banjir
NADMA meluluskan permohonan menggunakan RM14 juta baki peruntukan Monsun Timur Laut negeri itu untuk bantuan banjir.
Isu berkaitan LTAT, usaha lindungi undang-undang syariah jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khlir ingin mendapatkan penjelasan mengenai langkah yang diambil susulan peletakan jawatan pegawai-pegawai berkenaan.
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Multipurpose Rescue Vehicle (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk misi banjir.
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli
Sumbangan segera berbentuk bantuan makanan dan kit kebersihan itu diagihkan menerusi program Rahmah MADANI oleh 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).